Skip to content

PUSING DAN SEMBUR, BLEU DE CHANEL BERWAJAH BARU

Kongsikan artikel ini

Haruman ikonik Bleu de Chanel kini tampil dengan wajah baharu. Bersesuaian dengan gaya hidup lelaki hari ini yang sentiasa sibuk, pagi ke pejabat, petang ke gimnasium dan kemudian janji temu makan malam, Chanel mahu lelaki terus didampingi haruman ini jadi mereka botolkan minyak wangi tersohor ini dalam kelalang lebih kecil dan mudah dibawa ke sana sini. 

Bleu de Chanel yang baharu ini adalah tambahan pilihan (bungkusan lama masih ada) untuk anda, ia tampil dengan isian semula dan sesuai dibawa kembara. Rekaannya juga praktikal, anda hanya perlu pusing dan kemudian sembur. Bleu de Chanel menjadi kegemaran ramai lelaki dek bau kayu yang cukup maskulin termasuklah aroma kayu cendanda Caledonian yang membangkit perasaan. 

Gaspard Ulliel dalam salah satu babak video kempen Bleu de Chanel

Aktor Perancis yang juga seorang model, Gaspard Ulliel kekal menjadi wajah kempen haruman bernuansa biru ini. Ulliel sudah berdampingan dengan Chanel sejak haruman ini mula diperkenalkan pada tahun 2010. Bleu de Chanel dicipta oleh Jacques Polge, pakar Haruman Chanel yang juga mencipta Haruman ikonik Chanel yang lain seperti Chance. Dia juga yang mencipta haruman Allure Homme. 

Klik: Alat Solek Untuk Lelaki

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHANEL (@chanelofficial)

Klik Untuk Temubual Eksklusif Bersama Olivier Polge

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut

5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut