DIBENARKAN RENTAS DAERAH DAN NEGERI SEPANJANG PKPB?
Foto: Photo by anja. on Unsplash
Bermula 7 Disember 2020 (hari ini), walaupun masih PKPB, pergerakan rentas daerah dan negeri di seluruh negara adalah dibenarkan kecuali kawasan PKPD.
Berita PKPB dilanjutkan 14 hari lagi, sehingga 20 Disember ini disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengulas bahawa pihak polis tidak akan melaksanakan sekatan jalan raya, sebaliknya menguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Pengumuman ini memberi kerunsingan kepada rakyat jika dibandingkan dengan PKPB yang sebelumnya.
Maklum balas yang diterima bercampur baur, ada yang negatif dan ada juga yang positif. Ada yang berpendapat tidak perlu langsung mengistiharkan PKPB jika tiada sekatan perjalanan yang akan dilakukan. Ini hanya akan merumitkan lagi keadaan. Namun, ada juga yang menghela nafas lega kerana tidak perlu ulang alik ke balai polis untuk mendapatkan pengesahan polis.
Secara ringkasnya, Negeri Selangor dan Kuala Lumpur masih lagi PKPB namun rakyat sudah dibenarkan merentas daerah dan negeri. Selain itu, Ismail Sabri berkata mesyuarat khas juga bersetuju memberi kelonggaran berhubung had jumlah penumpang dalam kenderaan.
“Selepas ini, polis akan berada di mana-mana untuk memastikan pematuhan SOP,” Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Orang ramai disaran melancong dalam negera kecuali kawasan PKPD. Ini masanya untuk menjana semula ekonomi negara ke arah yang lebih baik. Jadi, ke mana agaknya anda bakal mengembara selepas ini?
https://www.youtube.com/watch?v=z0IW43m_UvA
Untuk mengetahui situasi covid-19 Malaysia dan semak senarai kawasan PKPD di sini.
Bukan sahaja kita tidak dibenarkan sama sekali masuk ke kawasan PKPD, semua penduduk dari kawasan ini juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan mereka. Semua aktiviti perniagaan tidak dibenarkan. Penduduk tidak dibenarkan keluar rumah sama sekali.
Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut dan kita sebagai rakyat yang prihatin perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Status Terkini COVID-19 (semalam) memberi jumlah baru sebanyak Kes baharu positif iaitu 1,335 kes
(kes import = 3, kes tempatan = 1,332) dan ini memberi jumlah keseluruhan berjumlah 72,694 kes.
Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!
Pautan berkaitan: MACAM-MACAM! ANSEL ELGORT KONGSI GAMBAR BOGEL UNTUK KUTIP DANA COVID-19
Sebagai Pengarah Kreatif, mindanya ibarat kanvas yang hidup; liar, puitis, dan sentiasa dipenuhi ledakan idea. Bukan sekadar mencipta, Nisa' menghidupkan, mencabar arus, dan sentiasa bermain dengan kemungkinan baru serta tidak takut lari dari kebiasaan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
RENAISSANCE HOTEL & CONVENTION CENTRE KUALA LUMPUR DIBUKA SEMULA
Setelah sekian lama ditunggu-tunggu, Renaissance Hotel & Convention Centre yang merupakan sebahagian daripada portfolio global Marriott Bonvoy kini dibuka semula di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR MENDUDUKI TEMPAT #2 DESTINASI PERCUTIAN TERSOHOR DUNIA
Kuala Lumpur terus menjadi pilihan pelancong dosmestik dan antarabangsa dengan menduduki tempat #2 dalam senarai destinasi percutian tersohor dunia.
SAJIAN ROMANTIS VALENTINE’S DAY BUAT ROMEO & JULIET
Semarakkan cinta di Hari Kekasih (Valentine's Day) dengan makan malam romantis penuh makna di hotel-hotel terkemuka di bawah naungan YTL Hotels.











