PEREKA FESYEN PIERRE CARDIN MENINGGAL DUNIA PADA USIA 98 TAHUN
Satu lagi berita menyedihkan sebelum tahun 2020 meninggalkan kita.
Dua tahun sebelum ulang tahun yang ke-100, bapa jenama fesyen dan pengasas jenama Perancis, Pierre Cardin diumumkan meninggal dunia di sebuah hospital di Neuilly, berdekatan Paris.
Berita sedih tersebut disampaikan oleh ahli keluarganya sendiri dalam satu kenyataan. “Hari yang mendukacitakan buat kami sekeluarga. Pierre Cardin telah meninggal dunia. Kami sangat berbangga dengan cita-cita dan keberanian yang ditonjolkan kepada dunia sepanjang hidupnya.”
Menurut Reuters, Cardin memperoleh kekayaan dengan menjadi pereka pertama yang menggunakan nama sendiri sebagai jenama untuk menjual pakaian di kedai dan yang pertama memasuki perniagaan perlesenan minyak wangi serta aksesori. Dia juga yang pertama menyuntik idea futuristik pada gaya fesyen 1960-an dan 70-an.

Foto: Reg Lancaster/Express/Getty Images
Walaupun tinggal di Perancis, dia sebenarnya berasal dari Itali. Merupakan anak lelaki kepada pedagang wain, Cardin dilahirkan di Venice pada Julai 1922, kemudian mereka sekeluarga berpindah ke Perancis sewaktu usianya dua tahun.
Dia mengorak langkah dalam bidang fesyen pada usia 14 tahun. Sepanjang tujuh dekad dalam bidang ini, dia pernah bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal Itali, Elsa Schiaparelli juga pengarah Jean Cocteau di mana dia diminta untuk membuat rekaan topeng dan kostum untuk filem La Belle et La Bete pada 1946.
Cardin juga pernah menjadi pemotong corak untuk wajah baru fesyen wanita Christian Dior selepas perang dunia kedua. Dia kemudian membuka rumah fesyen sendiri dan butik pakaian wanita yang pertama, Eve di mana bubble dress yang diperkenalkannya menjadi buah mulut antarabangsa. Hasil rekaannya kemudian disarungkan oleh nama-nama besar antaranya Eva Peron, Rita Hayworth, Elizabeth Taylor, Brigitte Bardot, Jeanne Moreau, Mia Farrow dan Jacqueline Kennedy.
Foto: Frederic Souloy/Gamma-Rapho via Getty
Pautan berkaitan: DANIEL W FLETCHER UBAH GEROBOK FESYEN LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON
Ayuh imbau 8 lagu paling ikonik nyayian mendiang Michael Jackson sempena pelancaran filem biopik 'Michael'.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.











