AZIZULHASNI AWANG BERGELAR JUARA PECUT DUNIA
Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang mencipta sejarah apabila mengungguli kedudukan nombor satu dunia dalam acara pecut individu.
Kejayaan ini meraih perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkannya sebagai pencapaian yang cukup membanggakan negara dan pelumba yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman itu selayaknya dipanggil Raja Pecut Dunia.
Kejayaan ini turut meletakkan Azizulhasni sebagai satu-satunya pelumba negara yang pernah berada di kedudukan pertama dunia bagi dua acara Sukan Olimpik termasuk keirin.
Berdasarkan kedudukan semasa Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI), atlet kelahiran Dungun itu berjaya mengumpul 1,600 mata untuk menduduki tangga teratas mengatasi Tomohiro Fukaya dari Jepun yang mendapat 1,442.5 mata.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Sam Webster dari New Zealand berada di kedudukan ketiga dengan 1,390 mata manakala seorang lagi pelumba negara, Muhamad Shah Firdaus Sahrom, berada di kedudukan ke-18 dengan 922.5 mata.
Dalam acara keirin pula, dia berada pada kedudukan kedua setelah meraih 1,740 mata di belakang Kevin Quintero dari Colombia yang mengumpul 1,790 mata.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio ini berharap kejayaannya akan menjadi sumber inspirasi kepada atlet muda negara dalam mengejar cita-cita mereka di peringkat tertinggi.
“Perlu difahami bahawa untuk memenangi atau cemerlang dalam acara pecut ini memerlukan banyak kriteria penting yang saya tidak ada berbanding pelumba Eropah, yang memiliki saiz besar dan komposisi otot yang padu,” katanya.
Dia menambah, acara pecut bukan sesuatu yang mudah dan tidak ramai atlet mampu beraksi dengan baik dalam acara ini.
“Kalau kita lihat pelumba Eropah yang pernah berada di kedudukan tertinggi, kesemuanya mempunyai saiz yang jauh lebih tinggi dan besar daripada saya.
“Tetapi saya telah membuktikan dengan saiz fizikal yang kecil ini, saya masih dapat menakluk dunia. Jadi tidak mustahil untuk rakyat Malaysia dalam acara lain juga, walaupun kita mempunyai fizikal yang kecil, kita masih mampu menakluk dunia,” ujarnya.
Azizulhasni bakal beraksi dalam kedua-dua acara, pecut dan keirin di Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung pada Julai tahun ini. “Saya berharap rakyat Malaysia akan terus mendoakan saya agar memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo nanti.”
Pautan berkaitan: LEWIS HAMILTON MENDAKI GUNUNG SEBAGAI LATIHAN UNTUK FORMULA 1
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM PATRIOTIK MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
Demi menyambut Kemerdekaan tahun ini, filem-filem patriotik boleh menjadi salah satu aspek menunjukkan semangat sebagai rakyat Malaysia.
“IA BUKAN LAGI TENTANG SAYA” – DATUK AZIZULHASNI AWANG UMUM BERSARA
Olimpik Paris 2024 menyaksikan semangat jitu Datuk Azizulhasni Awang untuk membawa pulang pingat emas pertama Malaysia. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi.
AZIZULHASNI AWANG CIPTA REKOD BARU DI OLIMPIK PARIS 2024
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus menerus melakar kejayaan luar biasa di persada antarabangsa.
DATUK AZIZULHASNI AWANG MENGUKUHKAN REPUTASI SEBAGAI RAJA KEIRIN ASIA
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencipta legasi tersendiri apabila meraih pingat ke-12 di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023.
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON
Semak lima idea gaya dari Jenson Button untuk Hackett London. Dirancang sesuai dengan gaya hidup lelaki alfa.
CUBA RESEPI MILO® INI SEMPENA KEDATANGAN PARK SEO-JUN KE MALAYSIA
Anda semua teruja untuk menanti kedatangan Sahabat MILO®, Park Seo-Jun ke Malaysia? Sebelum itu, ayuh belajar resepi istimewa MILO®!