KENALI JUWAIDI JUMANTO, THE SINGAPORE’S COOL KID
JUWAIDI JUMANTO (@juwaidijumanto) ANTARA BINTANG MEDIA SOSIAL YANG BERESTETIKA. SKIL BERFESYENNYA SERING DIKONGSI MELALUI ‘FEED’ DI INSTAGRAM, LANGSUNG MENARIK BILANGAN PENGIKUT YANG RAMAI. GAYA DAN TEKNIK BERGAMBAR JUWAIDI TURUT MENJADI TEMPAT RUJUKAN. KENALI ANAK MUDA BERKERJAYA JURUGAMBAR DAN PEREKA GRAFIK BEBAS INI. BUAT PERTAMA KALINYA, GLAM LELAKI BERBUAL BERSAMA JUWAIDI MENGENAI STAIL JUGA UPDATE TERKININYA. HE’S SURELY THE COOLEST KID IN SINGAPORE.

- PERKHABARAN BAHARU JUWAIDI?
Saya baik-baik sahaja. Cuma, pada waktu ini, saya lagi sibuk dengan tugasan yang sedang menghampiri ‘dateline’.
2. JUWAIDI SUKAKAN FESYEN. YOU HAVE A GREAT SENSE OF STYLE TOO. KONGSIKAN REVOLUSI FESYEN JUWAIDI?
Aww… terima kasih! Saya selalu menghargai jenis-jenis stail yang berbeza-beza. Dan jujurnya, saya mengambil masa yang panjang untuk menemui jenis stail yang ‘kena’ dengan keperibadian saya. Misalnya, jika sebelum ini, saya cuba elak daripada memakai baju-baju ‘oversized’ atau labuh, tetapi sekarang potongan sebegitu sudah menjadi item asas dalam gerobok fesyen saya.
3. APAKAH ATAU SIAPAKAH RUJUKAN FESYEN JUWAIDI?
@the.simons dan @yu.rue

4. JUWAIDI BEKERJA DALAM BIDANG SENI FOTO DAN GRAFIK. HOW DO YOU INCORPORATE YOUR CAREER WITH FASHION?
Banyak aspek yang saya boleh cedok untuk dijadikan sebagai inspirasi. Tetapi sebagai seorang pereka grafik, ia membenarkan saya untuk mencari palet warna baju yang sesuai untuk melengkapi penampilan saya.
5. TREND FESYEN PALING JUWAIDI SUKA?
Seluar berpotongan lebar. Ia suatu rekaan yang versatil kerana ia disesuaikan untuk mencipta gaya yang bervariasi. Dari ‘smart-casual’ ke gaya jalanan.
6. BAGAIMANAKAH SITUASI FESYEN SEMASA DI SINGAPURA?
Semakin banyak kedai yang menjual barang vintaj di Singapura. Apa yang cool tentang itu lagi, setiap generasi boleh mendapatkan barang vintaj yang baik. Ia juga adalah salah satu cara untuk berbelanja dengan cara yang lebih ‘sustainable’ berbanding fast fashion.
7. WHAT’S THE COOL THING BEING A FASHION INFLUENCER?
HAHA (ketawa). Saya tak pernah menganggap yang saya seorang ‘fashion influencer’. Sewaktu kanak-kanak, saya suka bersiap-siap, kerana ia merupakan cara lain untuk saya meningkatkan keyakinan dalam diri. Dan juga, saya suka berkongsi pemakaian saya di media sosial.


8.TIP FESYEN UNTUK LELAKI?
Selalu mulakan dengan gaya-gaya yang asas. Dari situ, kembangkan dengan stail yang lain-lain. Fahami bentuk badan anda dan bersikap jujur pada diri.
9. PEREKA FESYEN/LABEL FESYEN/INDIVIDU YANG DISUKAI? MENGAPA?
Jacquemus! Individu yang berjaya mencipta fenomena di atas pentas untuk setiap acara fesyennya, juga beg mini yang ikonik. Who wouldn’t like him!
10. BISAKAH FESYEN MENGUBAH DUNIA? JIKA YA, BAGAIMANA?
Ya. Sebagai konsumer, kita boleh cari pelbagai cara yang kreatif untuk kelihatan bergaya. Daripada membeli baju yang baharu. kita boleh cipta gaya berlandaskan fesyen yang lestari dengan cara ‘upcycling’ baju-baju lama.
Artikel berkaitan: DIMAZ VINNO, BERKONGSI PERIHAL FESYEN DAN ‘UPDATE’ TERKININYA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.











