5 MODEL LELAKI YANG MEWARISI BAKAT IBU BAPA MEREKA
Tahun 90-an adalah zaman kegemilangan model di mana bintang seperti Tyson Beckford dan Cindy Crawford menguasai pentas peragaan.
Kini, generasi baharu yang merupakan anak-anak supermodel muncul di pentas peragaan, dada majalah dan kempen kecantikan. Ini barisan model yang mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka.
Jordan Beckford
Foto: John Parra/David M. Benett/Dave Benett/Getty Images
Anak kepada supermodel Tyson ini ditawarkan kontrak sebagai model oleh agensi Soul Artist Management. Baru tiga tahun menyertai dunia peragaan namun dia telah berjalan di pentas fesyen Tommy Hilfiger di Shanghai, muncul di Minggu Fesyen Paris dan membintangi pelbagai kempen berprofil tinggi. Dia juga terlibat dalam muzik industri, bahkan pernah menerbitkan muzik untuk salah satu kempen iklan cologne jenama bapanya, Orion Skye.
Tyson mengakui sangat beruntung kerana memiliki anak sematang Jordan. “Saya sangat berbangga kerana kebanyakan anak muda berusia 21 tahun masih tercari-cari arah tuju dalam hidup. Namun dia telah berjaya menemuinya.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FACE CARD NEVER DECLINES, MODEL LELAKI YANG SENTIASA ON POINT
Kenali 5 model lelaki yang sentiasa mencuri perhatian menerusi wajah menawan, gaya tersendiri dan karisma yang menyerlah dalam dunia fesyen.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.











