PENYATUAN HERON PRESTON & CALVIN KLEIN HASILKAN KOLEKSI YANG MINIMAL DAN MODEN
KOLEKSI THE HERON PRESTON FOR CALVIN KLEIN MENGHALA PANDANGANNYA KE ESTETIKA KESUKANAN BERCAMPUR NADA MODEN. SATU KOLEKSI YANG MELAMBANGKAN KEYAKINAN, TURUT SAMA MENYIMBOLKAN IDENTITI LELAKI MASA KINI YANG MERAIKAN KEINDIVIDUAN.

Kolaborasi terbaharu, the Heron Preston for Calvin Klein menghadirkan koleksi sedia pakai dan aksesori yang timeless dan praktikal. Kekal menjadi esen terpenting Calvin Klein melalui penciptaannya. Estetika tersebut dipegang teguh oleh kedua-dua jenama itu melalui penghasilan koleksi melalui perspektif Heron Preston, bercampur identiti Calvin Klein yang terinspirasi dari arkib Calvin Klein.
Heron Preston berkarya dengan cemerlangnya melalui kerjasama ini, mengeluarkan koleksi berkonsep minimal, sensual dan berjiwa muda serta mengekspresikan kebebasan. Selain memenuhi kehendak pasaran sekarang. Yakni gemarkan sesuatu yang asas, punya fungsi dan bersifat kesukanan. Helaian-helaian asas lelaki, seperti kemeja T putih, jaket denim, celana, kemeja, serta pakaian dalam dalam variasi fit, agar dapat digayakan dengan sempurna oleh semua potongan bentuk badan. Tambahan lagi, gaya yang dicadangkan tidak terhad dengan satu stail sahaja, malah menawarkan opsyen untuk dipadankan mengikut kesesuaian cita rasa.
‘Modern Essentials’ yang diertikan oleh koleksi the Heron Preston for Calvin Kleian bukan sekadar pakaian asas untuk kegunaan harian, turut juga merangkumi fit dan potongan yang memenuhi kehendak setiap golongan.

The Heron Preston for Calvin Klein terinspirasi dari kefungsian dan prestasi, yang mementingkan praktikaliti terhadap penggayaan harian. Tanpa menyingkirkan aspek stail yang bertujuan untuk memberi efek gaya, di samping itu menyerlahkan identiti si pemakai.
Selain kerana stail, koleksi ini direka khusus untuk setiap individu, oleh itu Heron Preston dan Calvin Klein mahu mewujudkan inspirasi yang sampai ke peringkat global. It is for the real people. Dedikasi buat golongan yang punya identiti tersendiri juga tidak gentar pada stail yang merai keindividuan. Siluet yang ringkas dan bersifat ringan, selain memberi keselesaan, ia mewujudkan stail keringkasan yang punya kekuatan tersendiri. Memberi opsyen untuk mencuba gaya padanan yang berteraskan identiti masing-masing.
Warna utama yang ditawarkan dalam koleksi ini ialah hitam, putih, jingga, biru, kelabu, hijau olive, dan biru cair yang sinonim dengan trend warna musim bunga.
Selaras dengan konsep rekaan, penghasilan kempen memaparkan wajah-wajah masa kini yang berbeza-beza identiti, namun punya persamaan. Kaia Gerber, Ashley Graham, dan ikon muzik, Nas, antara bintang utama kempen. Jordan Alexander dan Sabrina Fuentes pula wajah baharu yang turut sama disunting untuk menghiasi kempen the Heron Preston for Calvin Klein.
Artikel berkaitan: BERTEMU BOSS X RUSSELL ATHLETIC
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.













