BERTEMU BOSS X RUSSELL ATHLETIC
HUGO BOSS MENGADAKAN KOLABORASI BERSAMA LABEL SUKAN IKONIK, RUSSELL ATHLETIC. KOLEKSI LENGKAP BERNADA SUKAN, DIPERTEMUKAN KECEMERLANGAN TAILORING HUGO BOSS LALU MENGINTEPRETASIKAN TREND FESYEN SEGAR BUAT GOLONGAN LELAKI ALFA.
Label BOSS mengumumkan kolaborasi fesyen terkini bersama Russell Athletic sewaktu anjuran parti yang berjalan secara digital di kota New York. Muda, segar dan terkini-terjemahan sempurna mengenai koleksi BOSS X Russell Athletic yang bersifat uniseks, menerokai citra kesukanan pada tiap rekaan.
Esen ‘athleisure’ yang signifikan buat Russell Athletic bergabung aspek tailoring Hugo Boss, lalu membentuk satu koleksi perdana BOSS X Russell Athletic. Parti yang bertempat di Gotham Hall, New York, menyaksikan barisan model dari latar belakang yang berbeza-beza, identiti yang kuat, disatukan dalam satu persembahan berlatarkan gelanggang bola keranjang.
Kempen iklannya juga punya konsep yang sama seperti anjuran parti, model-model dihimpun bak pasukan bola keranjang. Sambil itu, muzik hip hop mengiringi simbolik kepada DNA Russell Atheltic. Yang sekian lama, mengangkat muzik dan arus fesyen hip hop sebagai inspirasi utama.
Terdapat juga set bilik loker yang dibina, menampilkan pasukan A-Team BOSS X Russell Athletic yang terdiri daripada Bella Hadid, Lucky Blue Smith, Precious Lee, Keith Powers beraksi dalam rekaan BOSS X Russell Athletic. Semuanya menyarung koleksi lengkap BOSS X Russell Athletic, merangkumi hoodies, kemeja T, seluar jogger, sut, jaket utiliti, kardigan, sniker sukan, topi, yang tegar bersiluet sukan.
Palet warna lembut, seperti pastel merah jambu dan biru, margenta, biru navy, diperkayakan lantas memberi satu interpretasi baharu trend fesyen lelaki.
Selain warna pastel yang memikat, koleksi BOSS X Russell Athletic bermain dengan aspek keringanan, kelapangan serta rasa leluasa. Ia tidak punya had gaya yang tertentu, malah memberi opsyen gaya yang pelbagai. Inspirasi seni dalam koleksi ini tidak berhujung di situ sahaja.
Kemodenan yang tersisip sekali menjadikan himpunan kali ini lebih condong kepada rekaan minimal, sarat dengan faktor selesa dan banyak mengolah kesukanan pada fabrik-fabriknya. Ikuti rakaman imej di sebalik tabir acara pelancaran BOSS X Russell Athletic yang baru berlangsung pada Mac lepas.
Artikel berkaitan: KOD GAYA VERSACE LA GRECA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA
Coach mengundang Tom Wesselmann untuk hasilkan koleksi kapsul. Menggabungkan seni dan fesyen, deretan aksesori memikat melengkapi penampilan.
BOSS LEGEND SERIES, INSPIRASI GAYA FREDDIE MERCURY
Sentimen gaya legenda muzik Freddie Mercury membentuk koleksi kapsul BOSS sempena BOSS Legend Series.
BTS NAFI BAKAL BEREHAT PANJANG?
Salah seorang anggota BTS berkata mereka melalui perjalanan yang agak sukar sebelum ini dan kini merancang untuk meneruskan projek solo masing-masing.
BILLBOARD MUSIC AWARDS 2022: BTS PECAH REKOD DENGAN TIGA KEMENANGAN BERSEJARAH
BTS sekali lagi membuka mata dunia dengan tiga kemenangan di Billboard Music Awards 2022 yang berlangsung di Las Vegas.
PUNCA SEBENAR BTS TIDAK AKAN MENGHADIRI BILLBOARD MUSIC AWARDS 2022
BTS mengesahkan mereka tidak akan kembali ke Las Vegas dan memeriahkan Billboard Music Awards yang bakal berlangsung pada 15 Mei ini.
BANDARAYA YANG PALING ‘HORNY’ DI DUNIA
Kajian terbaharu yang dijalankan oleh The Bottle Club telah meletakkan bandaraya London, United Kingdom sebagai destinasi yang paling ‘horny’ dan penuh nafsu di dunia.