KOD GAYA VERSACE LA GRECA
VERSACE HADIRKAN LA GRECA SEMPENA MUSIM BUNGA 2021. RONA TROPIKAL BERGABUNG INSPIRASI ALAM LAUT MENCITRAKAN GAYA YANG BOLD DAN PLAYFUL KHUSUS LELAKI YANG BERANI BEREKSPERIMEN DENGAN FESYEN.
Versace sarat dengan esen glamor bergabung imej provokatif, tambahan pula untuk musim bunga/panas 2021 trend yang dipersembahkan menjentik kembali ingatan kita pada Versace pada era ‘90-an. Sensual, a bit of crazy dan bold kekal membentuk identiti Versace. Aksesori utama, La Greca meraih tumpuan dan membuahkan idea gaya dalam mencorakkan stail lelaki musim baharu.
Rona-rona tropikal yang sinonim dengan Versace, seperti hijau rimba, hijau pucuk pisang, jingga dan biru Caribbean disimbah rona-rona ini melalui penciptaan La Greca. Motif Greca diolah semula untuk rekaan musim luruh/sejuk 2021 ibarat jelmaan 3D yang amat berprestasi tinggi.


Kod Versace La Greca yang baru menampilkan Kunci Yunani bersama dengan logo Versace dalam pelbagai saiz dan kombinasi warna. Corak geometri yang mempunyai sudut tajam, garis bersih dan palet warna yang kuat, simbolik kepada kekuatan dan keyakinan diri. Versace is all about confidence.
Simbol lain yang meraikan warisan Versace’s Magna Graecia iaitu the Greek Key ditampilkan buat pertama kalinya sewaktu pementasan Versace musim luruh/sejuk 1988. Sewaktu itu, rekaan sedia pakai dan aksesori yang dipertaruhkan dihiasi motif tersebut melalui teknik cetakan atau sulaman. Mengertikan nada mewah yang baharu.
Pun begitu, antara rekaan yang paling diingati ialah rantai emas yang terlihat menghiasi pada rekaan aksesori kulit dan barang kemas. Motif Greek Key sudah lama bertapak dalam sejarah dunia, yang mana ilhamnya diambil daripada struktur kuil zaman Yunani, representasi labirin, bangunan dan tembikar. Motif tersebut melambangkan infiniti dan kesatuan, pernah berkali-kali menjadi inspirasi rekaan Versace bermusim-musim.
Tresor de la Mer
Cetakan Tresor de la Mer yang ikonik, yang menampilkan makhluk-makhluk laut dinafaskan dalam warna-warna terang signifikan buat Versace disesuaikan buat penggemar gaya yang playful. Kreativiti Versace terserlah pada penciptaan sniker ini, bagaikan memberi penghormatan kepada identiti Versace yang cukup ikonik. Butiran Plisse yang terdapat pada sniker ini, menjunjung hebat pada kecemerlangan mutu rekaan Versace.
Cetakan Treser ditampilkan dalam skala yang besar, lalu mempertingkatkan skala tenaga yang tinggi. Cukup sempurna digayakan pabila mencipta gaya yang lantang bercampur identiti gaya yang kuat.
Artikel berkaitan: PANDANGAN BAHARU THE B27
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.













