KEBERSAMAAN DAN KESELESAAN GARAPAN LEVI’S RAMADAN 2021
OPSYEN GAYA YANG PELBAGAI DAN VERSATIL MEMBENTUK TARUHAN LEVI’S UNTUK KOLEKSI RAMADAN 2021. DEDIKASI INDIVIDU YANG BIJAK BERFESYEN, DI SAMPING ITU MENGUTAMAKAN ASPEK KESELESAAN DALM PENGGAYAAN.
Sambutan Ramadan dan menjelang musim perayaan, Levi’s merayakan kempen yang menegaskan aspek integriti dengan membawakan mesej penuh harapan. Sempena itu, mengingati kita bahawa kemajuan akan terlaksana apabila kita mengamalkan sifat insklusif dan kebersamaan dalam komuniti. Bersatu dan saling menyokong antara satu sama lain untuk meraikan perbezaan, yang mana memperhebatkan aspek diversifikasi dalam lapangan fesyen.
Untuk tahun ini, Koleksi Ramadan 2021 mencemerlangkan aspek harmoni dan faktor keselesaan melalui rangkaian menyeluruh merangkumi helaian baju dan seluar dalam pelbagai stail. Lalu meraikan individualiti serta stail peribadi yang berbeza-beza. Palet warna lembut berbalas pastel ceria menghiasi koleksi ini bergabung fabrik lestari dan berprestasi tinggi dalam nada moden yang menonjolkan impak optimistik tiap individu sepanjang musim perayaan ini khasnya.
Kunci gaya musim ini adalah pada rangkaian baju dan seluar yang dilengkapi teknologi sejuk baharu, yang direka fabrik lut udara atau breatheable. Yang mana, memberi keselesaan dengan rongga-rongga yang terdapat pada helaian bagi membenarkan pengaliran udara keluar dan masuk dengan sistematik. Regulasi suhu dan teknologi penyerapan lembapan yang handal turut ditawarkan bagi memastikan pemakai kekal dingin dan segar sepanjang berada di dalam iklim panas.
Helaian yang terkandung dalam koleksi ini menampilkan fabrik lestari seperti adunan Cottonized Hemp dan Tencel untuk jaminan keselesaan yang maksimum. Pada masa yang sama, kelestarian fesyen juga diterapkan melalui penggunaan fabrik-fabrik yang mencermatkan sumber alam semula jadi.
Koleksi lelaki Levi’s Ramadan 2021 menampilkan versi COOLMAX yang dipertingkatkan dengan serat New Aerolight-serat polyester yang mengubah kelembapan menggunakan tenik istimewa lalu menjadikan serat itu seakan kapas dan memberi efek kain yang lebih lembut. Koleksi ini terdiri daripada helaian denim dan material lain, dalam gaya jalanan yang diolah bersama perincian, potongan jean berinspirasikan era retro serta stail klasik dalam beberapa cadangan padanan.
Rangkaian lengkap ini terdiri daripada corak dan cetakan yang padat untuk memberikan gaya tersendiri khusus musim perayaan. Untuk penampilan yang lebih segar dan menarik, gabungan kemeja berkolar Mandarin bersama celana XX Chino yang boleh diregang untuk keselesaan maksimum.
Andai padanan Levi’s klasik jadi pilihan, lapisi dengan kemeja utiliti serta seluar jean 512 slim taper. Untuk tampil lebih santai dan cool, gabungan kemeja T, baju panas atau jaket Trucker bersama seluar pendek kargo.
Artikel berkaitan: DUNIA SUKAN SAINT LAURENT
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY
First time in GLAM Lelaki, kami mendekati Mierul Aiman yang mula serius untuk bergelar pelakon yang berjaya.
VA VA VOOM ATHINA! ATHINA KAMARUDIN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL
Athina Kamarudin, satu lagi wanita yang menjadi our newest crush! Athina bercerita tentang cinta, body positivity dan lelaki!
OH LA LA NIA ATASHA! NIA ATASHA IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVERGIRL
Istimewa bulan ini, GLAM Lelaki bawakan tema ‘Women’s Issue’-menampilkan our girl crush, Nia Atasha. Jom kenali wanita seksi ini!
TIGA KOLEKSI MUSIM PANAS TERHANGAT
Ketahui tiga koleksi khas musim panas untuk melengkapi penampilan hangat ‘summer break’ nanti.
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI
What to buy this summer? Ketahui tiga koleksi musim panas 2023 untuk menghangatkan penampilan musim panas.
“FEEL GOOD TIME” BERSAMA MALEK MCCRONE
Editorial fesyen musim bunga/panas 2023 menampilkan dua model, Malek McCrone dan Hadri Hashim dalam rekaan terkini.