Skip to content

levi's jeans

“LET’S GET FUZZY”, LEVI’S® BERMAIN DENGAN ANIMASI DAN FUZZYETI UNTUK KEMPEN MUSIM PERAYAAN 2026

Kongsikan artikel ini

Menerusi “Let’s Get Fuzzy,” kempen musim perayaan 2026, Levi’s® meraikan tekstur,  gaya berlapis dan hubungan erat yang mencerminkan kemeriahan musim perayaan. Dengan meletakkan rangkaian baju sejuk sebagai tumpuan utama fesyen musim perayaan kali ini yang menyerlahkan  ekspresi tersendiri serta semangat kebersamaan. 

“Let’s Get Fuzzy” mencipta tafsiran baharu terhadap penggayaan yang menyeronokkan dan luar daripada lensa kebiasaan. Kempen ini mengubah baju sejuk daripada keperluan utama musim kepada asas stail peribadi. Teras bagi koleksi ini ialah himpunan baju sejuk untuk lelaki dan wanita yang direka bagi memberikan  kehangatan, versatil dan karakter dalam penampilan harian sepanjang musim perayaan.

Untuk lelaki, Baju Sejuk Presidio Crew,  Lassen Puffer, Jackson Worker dan Jaket Moto menjadi teraju dalam himpunan helaian kait bertekstur  yang dipadankan dengan denim ikonik, korduroi, serta lapisan pakaian luar.  

Kempen ini dihidupkan menerusi sebuah dunia imaginasi yang unik dan penuh fantasi. Fuzzyeti menjadi karakter utama dunia ini. Sebuah watak luar biasa bersaiz besar yang melalui transformasi daripada makhluk asing yang ditakuti kepada tetamu yang disambut dengan penuh mesra. Perjalanan ini mencerminkan satu mesej yang cukup bermakna, bersesuaian tema musim perayaan: setiap individu mendambakan penerimaan, rasa dihargai dan semangat kebersamaan.

levi's holiday 2026

Menerusi penceritaan, momen pemberian hadiah dan inspirasi penggayaan bermusim, “Let’s Get Fuzzy”  meraikan kehangatan yang hadir daripada hubungan erat. 

Artikel berkaitan: LEVI’S® MENYATUKAN MUZIK DAN FESYEN SEMPENA KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEVI’S® RAIKAN TAHUN KUDA DENGAN KOLEKSI LUNAR NEW YEAR

LEVI’S® RAIKAN TAHUN KUDA DENGAN KOLEKSI LUNAR NEW YEAR

Bacaan Lanjut
salman farish

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH

Bacaan Lanjut
sky iskandar glam lelaki

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SKY ISKANDAR

Bacaan Lanjut

THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS

Bacaan Lanjut

MASYADI MANSOOR ‘REDEFINED’ MAKNA FESYEN STREETWEAR MALAYSIA

Bacaan Lanjut
toy story

LEVI’S® & TOY STORY: RAI 30 TAHUN, SATU KOLEKSI PENUH NOSTALGIA

Bacaan Lanjut