DUNIA SUKAN SAINT LAURENT
UNTUK SAINT LAURENT RIVE DROITE, ANTHONY VACCARELLO BERMAIN DENGAN IMAGINASI UNTUK MENEROKAI CARA MELANJUTKAN DNA SAINT LAURENT. DEDIKASI MUSIM INI, SAINT LAURENT MENGOLAH KOLEKSI YANG MENCEMERLANGKAN LAPANGAN SUKAN.
Anthony Vaccarello bersama Saint Laurent Rive Droite mengolah koleksi kapsul “The Winter Game” beridentiti kesukanan, yang diberi suntikan mewah cara Saint Laurent. Projek ini mengintepretasikan stail dalam pengaruh sukan bernada mewah. Melalui “The Winter Game”, Saint Laurent menghadirkan serangkaian item sukan yang turut berkolaborasi bersama beberapa jenama sukan terkemuka dunia.


Taruhan utama “The Winter Game” merupakan set alatan ski yang memuatkan papan salji rekaan bersama jenama ZAI. Nyata menonjolkan identiti Saint Laurent yakni berbalut warna hitam eksklusif. Kereta luncur hitam direka bersama Sirch juga antara item yang dimuatkan dalam koleksi ini yang bernilai $4,500 USD.
Disebabkan pengaruh sukan yang sangat kuat dalam trend fesyen semasa, ia telah membenihkan idea buat Saint Laurent untuk merangka variasi item yang punya kaitan dengan sukan. Untuk sesuatu yang lebih ‘affordable’, Saint Laurent Rive Droite juga bersatu bersama Spalding untuk bola keranjang. Bola keranjang yang diberi efek kulit ular menyisip erti kemewahan. Turut terkandung, topi New Era 9Forty dalam warna hitam yang dihiasi logo YSL pada bahagian depan topi.
Tidak cukup dengan itu, rekaan seperti kemeja T, selarna denim dan sniker mid-top turut ditawarkan melalui koleksi kapsul ini. Melengkapi gerobok fesyen istimewa untuk musim bunga 2021.
Artikel berkaitan: KOLEKSI KAPSUL LOUIS VUITTON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LUBUK TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR.
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
10 MOMEN FESYEN LELAKI DALAM SEJARAH MET GALA
Terokai 10 momen fesyen lelaki dalam sejarah Met Gala. Dari Jared Leto hingga Billy Porter, lihat gaya ikonik yang mencabar norma.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026













