KOLEKSI KAPSUL LOUIS VUITTON
Bayangkan kehidupan yang berpanjangan. Tidak terbatas dengan apa jua situasi. Indah dari pagi menjelma, keheningan tengah hari dan sehingga terbenam matahari. Inilah nuansa yang menjadi idea pada pelancaran koleksi kapsul Louis Vuitton ilham Virgil Abloh. Himpunan khas buat musim bunga 2021 ini mencedok rentak cool West Coast skaters. Namun diulit dengan teknik mewah selari dengan status Louis Vuitton.
Koleksi kapsul Louis Vuitton yang baharu ini berkait dengan himpunan musim bunga 2021 yang dibentangkan oleh Virgil Abloh. Ianya mengambil idea tentang sesuatu yang tanpa batasan. Boleh kelihatan pada penggunaan teknik warna air yang menjadikan logo monogram berarak tanpa batasan. Ia adalah satu pergerakan yang moden, seperti laut yang terbentang tanpa sempadan.
Abloh terus menjadi hero dalam menjaga hal kelestarian alam semula jadi. Makanya, dia mengambil inisiatif untuk menjadikan setiap rekaanya buat Louis Vuitton bersifat eco-friendly. Bagi koleksi khas ini, Abloh tidak menggunakan klorin mahupun metal dalam proses mendapatkan rona palet yang dikehendaki. Louis Vuitton juga bangga yang koleksi menggunakan semula fabrik nilon daripada windbreaker untuk dijadikan material asas.
Bercakap tentang aksesorinya pula, Virgil Abloh himpunkan item yang senada dengan baju. Bagaikan ia lenyak dalam gaya yang satu. Beg Keepall diberikan seri bunga monogram dengan cetakan warna air. Lebih cool dengan rantai yang boleh dipakai berlapis-lapis dalam rona yang pelbagai. Atau, pilihan tali beg yang hadir dengan dua muka, samada bercorak monogram atau jika mahu nampak kemas, boleh terbalikkan pada permukaan kosong.
PAUTAN BERKENAAN: MUSIM ANUGERAH 2021: SIAPAKAH YANG STYLISH? (SO FAR)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sembilan Gaya Terbaik Lelaki Anugerah Grammy 2021
Glam Lelaki mempamerkan sembilan penampilan selebriti lelaki berpakaian terbaik sepanjang pertunjukan anugerah muzik tahunan Grammy 2021.
MUSIM ANUGERAH 2021: SIAPAKAH YANG STYLISH? (SO FAR)
Awards season are back! Revolusi gaya karpet merah berlanjutan dengan penampilan hebat selebriti seperti Josh O' Connor. Siapakah yang stylish setakat ini?
AEROGRAM SAJIAN BARU DI LOUIS VUITTON
Aerogram cetus idea The Art of Travel oleh Virgil Alboh
HADIAH ISTIMEWA TANDA HARGAI CINTA HATI
Hadiah paling bermakna untuk kamu atau sahabat baikmu pilihan GLAM Lelaki
LOUIS VUITON HADIRKAN METEORE, HARUMAN WISH LIST BAHARU LELAKI
Semuanya bermula pada tahun 2018 apabila Louis Vuitton mula melancarkan haruman buat lelaki. Bermula dengan empat minyak wangi iaitu L’Immensité, Nouveau Monde, Orage, Sur la Route and Au Hasard, Louis Vuitton komited untuk menghasilkan serta mencipta kepelbagaian haruman buat lelaki. Maestro haruman Louis Vuitton, Jacques Cavallier Belletrud yang berpangkalan di Grasse kini menghadiahkan satu lagi…
SIAPA KE MINGGU FESYEN F/W 2021? DARI MALUMA, BRIGHT KE DANE DEHAAN…
The new normal are real. Pandemik telah mengakibatkan Minggu Fesyen terpaksa berlangsung secara virtual. Siapakah tetamu 'front row' yang menontonnya dari rumah?