Skip to content

“THE T TIMELESS” CIPTAAN TOD’S, DEDIKASI ‘MODERN-DAY’ MAN

Kongsikan artikel ini

KOLEKSI “THE T TIMELESS” CIPTAAN TOD’S MENGHADIRKAN AKSESORI YANG DILENGKAPI GANCU “T” SEBAGAI PENEGASAN GAYA. DEDIKASI LELAKI ALFA UNTUK MENGATUR GAYA MUSIM PANAS YANG STYLISH. 

 

Sekumpulan anak muda bergaya berlegar di kota mencitra stail kekinian, berbalas panorama indah seni bina kota. Gelak tawa kedengaran dengan spontan gayanya memperlihatkan stail masa kini mereka dengan paduan aksesori beragam. 

Suasana itu mencetus inspirasi buat Tod’s untuk menghadirkan koleksi “the T Timeless”, punya daya tarikan kontemporari merangkumi pelbagai aksesori utama. Dari sepatu loafers hingga Gommini. Syot kandid yang dipaparkan melalui penghasilan kempen menceritakan kisah gaya hidup moden. 

 

Tema “the T Timeless” muncul berulang kali pada rekaan Gommino, sekali gus memberi penegasan gaya. Mencadangkan aksesori utama lelaki buat keperkasaan stail musim panas. Selain aspek stail yang memaut, reka bentuknya cukup praktikal, lantas memberi opsyen gaya yang bervariasi. Gancu logam “T” pada bahagian depan loafers berperanan sebagai butiran tambahan, juga simbolik kepada faktor elegan dan moden. 

Faktor selesa terjamin dan diperkukuhkan lagi dengan material kulit bermutu, ternyata memberi efek gaya tiada tandingan.

Sebagai pelengkap gaya, aksesori lain seperti tali pinggan kulit, beg galas, dan beg sandang Tod’s turut ditawarkan untuk musim ini. Diserlahkan dengan palet warna yang berupaya meningkatkan stail musim panas. Hadir dalam warna hitam dan coklat klasik menyemati tema “the T Timeless” yang dipadankan dengan gancu T, memberi aturan gaya berkarakter. 

 

Artikel berkaitan: VICTORY TRAVELS IN LOUIS VUITTON

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

Bacaan Lanjut
5 JENAMA KASUT MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI MODEN SEPANJANG 2026

5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27

5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut