Victory Travels In Louis Vuitton
Rumah fesyen ikonik Paris, Louis Vuitton dan Automobile Club de Monaco mempersembahkan Trophy Travel Case untuk perlumbaan Formula 1 Grand Prix de Monaco.
Dalam meraikan edisi ulang tahun ke-78 Formula 1 Grand Prix de Monaco, Louis Vuitton mempersembahkan Trophy Travel Case yang dihasilkan menggunakan tangan di woksyop Asnières yang penuh sejarah. Kerjasama selama beberapa tahun ini adalah yang pertama antara rumah fesyen fesyen ikonik Paris dan penganjur perlumbaan Formula 1 yang paling legenda.
Trophy Travel Case ini akan menempatkan tropi utama kejuaraan Formula 1 Grand Prix de Monaco. Ia menampilkan kanvas Monogram ikonik yang disatukan bersama warna merah daripada bendera Monaco. Manakala garisan merah membiaskan huruf ‘V’ untuk ‘Victory’ bersama garisan putih yang memberikan gambaran perjalanan urban nan unik pada trek perlumbaan. Lantas memastikan kecermelangan pemanduan yang selari dengan kuasa dan ketepatan.
“Fangio, Hill, Moss, Stewart, Senna, Prost, Schumacher dan yang terbaharu Alonso, Vettel, Rosberg, Ricciardo atau Hamilton, Monaco Grand Prix telah meraikan barisan juara terhebat. Dengan kelajuan 300 km/j diantara rel, Formula 1 Grand Prix ini menjadi aspirasi buat semua pelumba untuk menjuarainya. Hari ini, kami berbangga disekutukan dengan perlumbaan ini dan bersama-sama memulakan sejarah baharu. Bekas Trophy ini menjadi epitome kepada ‘Victory travels in Louis Vuitton’ – menjadi saksi kepada kejauaraan seterusnya dan meneruskan untuk menjadi legenda!” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Louis Vuitton, Michael Burke.
Menurut President Automobile Club de Monaco, Michel Boeri pula, “Selain menjalinkan Kerjasama dengan label popular daripada LVMH Group, kami cukup gembira kerana trofi kejuaraan Formula 1 Grand Prix de Monaco sekarang kembara dalam ‘kelas pertama’. Louis Vuitton dan Automobile Club de Monaco adalah peneraju dalam ruang kepakaran masing-masing. Louis Vuitton bersekutu dengan sebuah trofi yang paling didambakan di seluruh dunia. Dan kerjasama ini akan memberikan Formula 1 Grand Prix de Monaco manfaat daripada warisan ini sentuhan elegan ke dalam dunia sukan permotoran…”
Perlumbaan Formula 1 Grand Prix de Monaco dengan trek sepanjang 3.337 kilometer akan berlangsung pada 23 Mei tahun ini.
Foto: Louis Vuitton
Baca lebih lanjut: MARVEL MEMBERIKAN FIRST LOOK FILEM ‘ETERNALS’, SERTA JUDUL BLACK PANTHER 2
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG BINTANG ELITE, MANU RIOS
Dengan bakat, stail fesyen dan rupa yang menawan, nama Manu Rios bakal bersinar terang dalam industri seni lakonan, nyanyian dan fesyen antarabangsa.
HANGAT MUSIM INI: LV RUNNER TATIC
LV Runner Tatic menciptakan nuansa kontemporari. Kasual namun juga elegan, diyakini kasut terhangat untuk musim bunga 2022.
GL FIRST: LOUIS VUITTON FALL/WINTER 2022
Terokai koleksi terakhir mendiang Virgil Abloh untuk Louis Vuitton. Pada 20 Januari, jam 9.30pm (waktu Malaysia).
“A PIECE OF RAINBOW”, SEMARAK WARNA DALAM LV STREETWEAR
“A piece of rainbow”, suntikan warna bertenaga dalam koleksi Louis Vuitton streetwear yang baharu. Cadangan gaya utama musim ini.
LOUIS VUITTON VENDÔME FLEX, KLASIK NAN ELEGAN
Louis Vuitton tawarkan himpunan the Vendôme, tiga rekaan kasut klasik menyempurnakan gaya kekinian. Dedikasi lelaki yang berbeza cita rasanya.
GENERASI SKUTER URBAN METROPOLITAN
BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan dua skuter premium dalam segmen Mobiliti Urban iaitu BMW C 400 X dan BMW C 400 GT baharu.