Marvel Memberikan First Look Filem ‘Eternals’, Serta Judul Black Panther 2
Marvel mempersembahkan first look kepada filem ‘Eternals’ yang dibintangi oleh Angelina Jolie dan pengarah penerima Oscar, Chloe Zhao, serta pengumuman judul baharu filem Black Panther dan sekuel kepada Captain Marvel.
Berita yang cukup mengujakan buat peminat Marvel Cinematic Universe! Marvel Studios telah mempersembahkan first look buat projek-projek terbaharu mereka termasuk ‘Eternals’. Filem adiwira ini yang akan diarahkan oleh pemenang Oscar untuk kategori Pengarah Teraik dan Filem Terbaik untuk ‘Nomadland’ bakal ditayangkan di pawagam pada 5 November 2021.
Walaupun video teaser ini tidak mendedahkan banyak, peminat pasti teruja melihat watak lakonan aktres popular, Angelina Jolie yang memegang sebilah pedang yang penuh bercahaya. Filem ‘Eternals’ turut akan menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Salma Hayek, Kumail Nanjani dan juga Richard Madden.
Teaser ‘Eternals’ yang dipersembahkan bukan sahaja mengujakan jutaan peminat di seluruh dunia, ia turut menepati janji Marvel Studios untuk melahrikan filem yang lebih terbuka. Selain Chloe Zhao sebagai pengarah, filem ini turut menampilkan barisan pelakon dari pelbagai latar belakang, warna kulit dan bangsa.
Marvel Studios juga mengumumkan judul baharu untuk projek mereka seperti ‘Black Panther’ and sekuel kepada ‘Captain Marvel’. ‘Black Panther: Wakanda Forever’ adalah judul baharu buat filem ‘Black Panther’ kedua yang akan ditayangkan pada 8 Julai 2022. Projek ini menjadi tanda tanya selepas kematian Chadwick Boseman tahun lalu.
Manakala, sekuel kepada ‘Captain Marvel’ pula akan berjudul ‘The Marvels’ yang akan ditayangkan pada 11 November 2022. Ia akan bertindak sebagai kesinambungan kepada rancangan ‘Ms. Marvel’ di Disney+ dan juga akan menampilkan Carol Danvers lakonan Brie Larson bersama Iman Vellani lakonan Kamala Khan.
Berikut adalah senarai projek baharu Marvel Studios:
Black Widow: 9 Julai 2021
Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings: 3 September 2021
Eternals: 5 November 2021
Spider-Man: No Way Home: 17 Disember 2021
Doctor Strange in the Multiverse of Madness: 25 Mac 2022
Thor: Love and Thunder: 6 Mei 2022
Black Panther: Wakanda Forever: 8 Julai 2022
The Marvels: 11 November 2022
Ant-Man and the Wasp: Quantumania: 17 Februari 2023
Guardians of the Galaxy, Vol. 3: 5 Mei 2023
Video teaser filem baharu Marvel Studios boleh disaksikan di sini.
Foto: Marvel Studios
Baca lebih lanjut: NAMA ALBUM MAROON 5 BAHARU BERI PENGHORMATAN BUAT PENGURUS MEREKA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELEPAS PARK SEO JOON, LEE JUNG JAE PULA BAKAL SERTAI MARVEL?
Baru-baru ini muncul satu khabar yang mengatakan Lee Jung Jae bakal membintangi filem Marvel, sekali gus mengundang keterujaan peminat.
MASA DEPAN RYAN GOSLING DALAM DUNIA MARVEL
Nama bintang pujaan ramai, Ryan Gosling disebut sebagai pesaing kuat untuk menggalas watak Nova yang bakal diangkat ke layar perak.
TARON EGERTON BAKAL MENGGANTIKAN HUGH JACKMAN SEBAGAI WOLVERINE?
Pelakon “Kingsman”, Taron Egerton dikatakan bakal menggantikan Hugh Jackman sebagai Wolverine dalam filem terbaharu Marvel Cinematic Universe.
TOM HIDDLESTON MENANTIKAN KELAHIRAN CAHAYA MATA SULUNG
Bintang Marvel, Tom Hiddleston dan Zawe Ashton dilaporkan bakal bergelar ibu bapa sedikit masa lagi.
GANDINGAN CHRIS HEMSWORTH & RUSSELL CROWE DALAM THOR: LOVE AND THUNDER
Chris Hemsworth menzahirkan keterujaan apabila dapat bekerjasama dengan pelakon legenda yang merupakan idolanya, Russell Crowe.
PENGALAMAN CHRISTIAN BALE MENJAYAKAN WATAK GORR DALAM THOR: LOVE AND THUNDER
Walau pernah menjayakan watak Batman, ternyata tidak banyak yang diketahui Christian Bale mengenai ilmu filem komik.