Skip to content

Nama Album Maroon 5 Baharu Beri Penghormatan Buat Pengurus Mereka

Kongsikan artikel ini

Album studio ketujuh Maroon 5 yang berjudul ‘Jordi’ akan dilancarkan pada 11 Jun 2021 dalam memberikan penghormatan kepada bekas pengurus mereka yang meninggal dunia pada 2017.

Berita baik buat peminat Maroon 5! Kumpulan pop rock Amerika Syarikat yang diketuai oleh Adam Levine akan melahirkan album studio ketujuh mereka berjudul ‘Jordi’. Album terbaharu Maroon 5 yang boleh didapati bermula 11 Jun 2021 ini adalah projek pertama mereka tanpa menampilkan pemain bass, Mickey Madden selepas dia keluar daripada Maroon 5 pada 2020.

Muka hadapan album ‘Jordi’.

Menurut Adam Levine ketika diwawancara oleh Ellen DeGeneres, nama album ini menjdi pilihan mereka sebagai cara terbaik untuk memberikan penghormatan kepada mendiang pengurus mereka, Jordan Feldstein. Bekas pengurus Maroon 5 itu telah meninggal dunia pada usia 40 tahun pada 2017 disebabkan oleh pulmonary embolism.

“Dan kami merasakan tiada penghormatan terbaik selain menamakan album ini selepas nama bekas pengurus kami,” tambah Adam Levine pada hari yang sama selepas mengumumkan tarikh pelancaran album baharu mereka pada 11 Jun 2021.

(Photo by Kevin Winter/Getty Images)

Single pertama yang dipetik daripada album ‘Jordi’ adalah ‘Nobody’s Love’ yang telah dilancarkan pada Julai tahun ini. Lagu ini diinspirasikan daripada penularan pandemik Covid-19 serta rusuhan George Floyd yang berlaku di seluruh Amerika Syarikat. Saksikan video muzik di sini.

Single kedua pula, ‘Beautiful Mistakes’ menampilkan bintang rap poular, Megan Thee Stallion. Tonton video muzik ‘Beautiful Mistakes’ yang telah diarahkan oleh Sophie Muller di sini.

(Photo by Greg Doherty/Getty Images for Entertainment Studios)

Dalam meraikan pelancaran album studio terbaharu ini, pemenang Grammy ini akan mengadakan persembahan virtual ‘American Express UNSTAGED With Maroon 5’ pada 4 Jun 2021 yang akan menampilkan seleksi muzik daripada album ‘Jordi’.

Foto: Universal Music Malaysia & Getty Images

Baca lebih lanjut: IMEJ WARNA PERTAMA PLANET MARIKH

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

alif satar

“MASCULINITY IS WORKING WITH WHAT YOU HAVE AND WHAT YOU ARE GOOD AT” – ALIF SATAR #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
ADAM LEVINE TERBUKA HATI BERKONGSI PERIHAL KEHIDUPAN TERKINI

ADAM LEVINE TERBUKA HATI BERKONGSI PERIHAL KEHIDUPAN TERKINI

Bacaan Lanjut
PERKEMBANGAN TERKINI HUBUNGAN ADAM LEVINE & ISTERI, BEHATI PRINSLOO

PERKEMBANGAN TERKINI HUBUNGAN ADAM LEVINE & ISTERI, BEHATI PRINSLOO

Bacaan Lanjut
DUA LAGI WANITA DEDAH KECURANGAN ADAM LEVINE

DUA LAGI WANITA DEDAH KECURANGAN ADAM LEVINE

Bacaan Lanjut

ADAM LEVINE AKUI ‘TERLAJAK PERAHU’ NAMUN NAFIKAN HUBUNGAN SULIT

Bacaan Lanjut
DITUDUH MENGHINA PEMINAT, ADAM LEVINE TAMPIL MEMBERI PENJELASAN

DITUDUH MENGHINA PEMINAT, ADAM LEVINE TAMPIL MEMBERI PENJELASAN

Bacaan Lanjut