Skip to content

Imej Warna Pertama Planet Marikh

Kongsikan artikel ini

NASA telah mencipta sejarah selepas berjaya merakamkan imej berwarna pertama planet Marikh dengan menggunakan helikopter Mars Ingenuity.

National Aeronautics and Space Administration atau lebih dikenali sebagai NASA telah berjaya mencipta sejarah. Menggunakan helikopter Mars Ingenuity, agensi angkasa Amerika Syarikat itu telah berjaya merakamkan imej berwarna pertama planet jiran, Marikh ketika penerbangan ketiga mereka. Helikopter Mars Ingenuity adalah drone kecil yang dioperasikan dari jarak jauh untuk eksplorasi planet Marikh.

Imej yang telah diambil oleh helikopter Mars Ingenuity menunjukkan lanskap planet Marikh yang juga dikenali sebagai Red Planet, yang berbatu dengan dilapisi padang pasir yang berwarna merah keorenan. Menurut NASA, ia adalah foto berwarna pertama permukaan planet Marikh yang diambil ketika kenderaan bermotor aerial sedang terbang di udara.

Helikopter NASA ini terus mencipta rekod baharu dengan penerbangan yang lebih laju dan berjarak jauh. Eksplorasi Mars Ingenuity ke planet jiran ini berjaya terbang dengan ketinggian 5 meter, dan menyusuri 50 meter dengan kelajuan 2 meter per saat. Penerbangan selama 80 saat telah berjaya merakamkan gambar Marikh berwarna yang pertama.

Pasukan NASA akan melakukan lagi penerbangan Mars Ingenuity keempat dalam beberapa hari. Dengan setiap penerbangan baharu, NASA berjaya untuk memperbaharui rekod penerbangan sebelumnya dalam misi menjelajahi planet jiran kepada Bumi ini.

This black and white image was taken by NASA’s Ingenuity helicopter during its third flight on April 25, 2021. Credits: NASA/JPL-Caltech

Keadaan planet Marikh yang ekstrim merupakan antara halangan terbesar untuk penerbangan helikopter Mars Ingenuity. Planet Merah itu mempunyai hanya satu peratus kadar ketumpatan di Bumi, yang menyukarkan drone tersebut untuk memulakan tujahan penerbangan.

Video misi eksplorasi Mars Ingenuity boleh disaksikan di sini.

 

Foto: NASA

Baca lebih lanjut: PAMERAN DIGITAL LOEWE FOUNDATION CRAFT PRIZE 2021

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut
Sensasi Eksplorasi Ruang Angkasa 01

Sensasi Eksplorasi Ruang Angkasa

Bacaan Lanjut

NASA RAIKAN ULANG TAHUN KE 60 DENGAN JAM TANGAN EDISI TERHAD

Bacaan Lanjut