LAGU-LAGU IKONIK DARI FILEM DEADPOOL & WOLVERINE
Marvel Cinematic Universe kembali dengan filem terbaru menggabungkan dua watak wira yang ikonik, Deadpool & Wolverine.
Filem gabungan dua wira ikonik, Deadpool & Wolverine adalah sebuah filem superhero yang dikeluarkan pada 26 Julai 2024 yang lalu. Deadpool & Wolverine ialah berdasarkan watak-watak dalam komik Marvel dan diterbitkan oleh Marvel Studios, Maximum Effort, dan 21 Laps Entertainment. Ini merupakan filem ke-34 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) dan sekuel kepada Deadpool (2016) serta Deadpool 2 (2018). Selain dari jalan cerita yang menarik dan kemunculan watak-watak ikonik seperti Johnny Storm dan dan Gambit, filem ini juga dipenuhi dengan runut bunyi yang tidak asing oleh kita.

Runut Bunyi Mengambit Memori
- “Bye Bye Bye” – NSYNC
- “Angel of the Morning” – Merrilee Rush
- “Glamorous” – Fergie
- “Iris” by Goo Goo Dolls
- “The Power of Love” – Huey Lewis and the News
- “The Lady in Red” – Chris de Burgh
- “I’m with You” – Avril Lavigne
- “The Greatest Show” – The Greatest Showman Cast
- “You’re the One That I Want” – John Travolta and Olivia Newton-John
- “I’ll Be Seeing You” – Jimmy Durante
- “Like a Prayer” – Madonna
- “Good Riddance (Time of Your Life)” – Green Day

Lagu “Bye Bye Bye” dari kumpulan NSYNC telah menjadi tular di aplikasi TikTok selepas muncul di dalam filem Deadpool & Wolverine dengan tariannya sekali. Lagu yang dilancarkan pada tahun 2000 ini dipersembahkan oleh Nick Pauley, seorang penari profesional di dalam filem itu. Pauley juga berkongsi tentang pengalamannya menguji bakat tanpa mengetahui watak yang bakal dimainkan olehnya di TikTok.
@nickfpauley Coincidence that i chose to wear red and black? 🤔
Selain lagu-lagu yang nostalgik ini, lagu baru juga diperkenalkan dalam filem ini. Stray Kids, kumpulan lelaki terkenal dari Korea Selatan melancarkan lagu “Slash” khas untuk dijadikan runut bunyi filem Deadpool & Wolverine. Stray Kids mempunyai hubungan persahabatan yang baik dengan watak utama filem itu, Ryan Reynolds dan Hugh Jackman. Kedua-dua aktor itu juga membuat kemunculan dalam muzik video terbaru Stray Kids berjudul “Chk Chk Boom”.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
5 FILEM IKONIK LAKONAN DIANA DANIELLE
Kenali 5 filem ikonik Diana Danielle. Saksikan evolusinya sebagai primadona paling berpengaruh dalam industri perfileman.
DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025
MAMA Awards 2025 kali ini dihiasi dengan barisan kemenangan dan persembahan yang luar biasa dari artis-artis yang mengujakan.











