5 KOLEKSI PAKAIAN LELAKI TERBAIK KLFW 2024
Berakhirnya KLFW 2024 pada hari Ahad lalu, kami mengumpulkan lima koleksi pakaian lelaki terbaik yang dihasilkan oleh pereka-pereka berbakat.
Koleksi-koleksi ini mempamerkan kreativiti, inovasi, dan memberi inspirasi untuk gaya fesyen terkini. Teruskan membaca untuk mengetahui pilihan terbaik dan bagaimana anda boleh menggabungkan elemen-elemen ini ke dalam almari pakaian anda.
5 KOLEKSI PAKAIAN LELAKI TERBAIK KLFW 2024
1.SHALS.KL

Foto: GLAM Lelaki
Debut yang dinanti-nantikan oleh SHALS.KL di pentas KL Fashion Week, ‘Coming of Age’ memperkenalkan koleksi ready-to-wear 2024 yang memukau. Setiap rekaan yang dihasilkan oleh Shalma Ainaa menggambarkan perjalanan penuh gaya dan keunikan tersendiri.
2. SUPERSUNDAY STORE

Foto: Supersunday Store
Supersunday Store tampil hebat di KLFW 2024 dengan koleksi yang diinspirasikan daripada gaya jalanan dinamik. Lebih mengejutkan, mereka berkolaborasi dengan @era.je sebagai model utama untuk KL Fashion Week, menjadikan persembahan mereka antara yang paling menarik perhatian ramai.
3. TAGUWARUWA

Foto: TAGUWARUWA
Blackout oleh Taguwaruwa, kolaborasi istimewa bersama Artwist.Fo memukau hadirin dengan sentuhan uniknya. Acara ini turut menampilkan kemunculan istimewa bintang seni tempatan seperti Amerul Affendi, Kimal Mokhtar, Fadhli Masoot dan PATRIOTS.
Dengan setiap butiran dan sentuhan, koleksi ini mengingatkan kita bahawa fesyen bukan sekadar tentang pakaian, tetapi tentang menyatukan hati dan membina hubungan.
4. MASYADIMANSOOR

Foto: @klfashionweek @saufinadzri
Pereka muda Masyadi Mansoor memikat perhatian dengan koleksi beraninya yang diilhamkan daripada tema “99 Problems”. Koleksi ini mempersembahkan gabungan rekaan yang mencabar konvensi dengan elemen-elemen yang mencerminkan kepelbagaian dan kompleksiti masalah yang dihadapi dalam kehidupan moden.
5. MAGNUM PRESENTS TACT

Foto: @klfashionweek @saufinadzri
Tact Loungewear mempersembahkan koleksi prêt-à-porter 2024/2025 yang memukau dengan reka bentuk yang elegan dan moden. Pengasas label, Ridduan Ttfga Ismail memberikan penghormatan yang mendalam kepada Allahyarham Jiman Casablancas pada penghujung pementasan, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan inspirasi yang ditinggalkan oleh mendiang dalam dunia fesyen.
Pautan Ini Berkaitan: OOTD” MUST-HAVE: 7 ITEM FESYEN LELAKI YANG PERLU ADA DALAM ALMARI ANDA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RECAP KLFW 2026: 10 MODEL MENYERLAH DI KLFW 2026 PILIHAN PENULIS GLAM LELAKI
Selain dari dihiasi rekaan-rekaan penuh seni, KLFW 2026 juga menampilkan barisan model yang menghiasi pentas runway dengan aura mereka.
LET’S TALK – PENINGKATAN AI SLOP DI KLFW.
Peningkatan AI slop di KLFW tahun ini membuktikan bahawa ia merupakan satu isu yang tidak boleh lagi diketepikan.
SENARAI PENAMPILAN BELLA ASTILLAH DI KLFW 2026
Selain momen-momen fesyen ikonik, KLFW juga melihatkan siri selebriti yang berpakaian serba megah termasuk Bella Astillah.
8 MOMEN PALING STANDOUT DI KLFW 2026
Dari backstage hingga ke barisan hadapan, ini lapan sorotan pilihan GLAM Lelaki dari KLFW tahun ini.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 PEREKA FESYEN MUDA WAJIB TAHU DI KLFW 2026
Terokai 5 pereka dan label fesyen lelaki muda yang wajib anda tonton tahun ini, daripada Huntilanak hingga MSYD.











