SELEBRITI LELAKI BERGAYA DI KEJOHANAN WIMBLEDON 2021
ACARA WIMBLEDON TERBUKTI SEBAGAI MEDAN FESYEN UNTUK LELAKI. PENAMPILAN MEREKA MENCURI TUMPUAN, SELAIN DAPAT MEMBERI INSPIRASI ‘SUMMER STYLE’ YANG SEMPURNA. SUT LINEN PUTIH FOR SUMMER? OH YES! GLAM LELAKI SENARAIKAN LAPAN SELEBRITI LELAKI BERGAYA HEBAT DI WIMBLEDON 2021.
Wimbledon, kejonan tenis terulung di dunia, adalah salah satu acara sukan paling berprestij yang baru berlangsung pada minggu lalu. Setiap tahun, pemain-pemain tenis terbaik akan beraksi di Centre Court, serta menyaksikan “perhimpunan” golongan selebriti dan usahawan terkenal duduk di kerusi penonton juga VIP suite.
Untuk tahun ini, Ralph Lauren turut mengambil bahagian dalam Wimbeldon dengan menata gaya beberapa selebriti lelaki dalam rekaan Ralph Lauren. Juga beberapa jenama fesyen lain, seperti Canali dan Hugo Boss. Terdapat khabar yang mengatakan kod gaya untuk menghadiri Wimbledon tahun ini, telah diperketatkan. Pemakaian jaket atau suit dipadankan bersama tali leher adalah diwajibkan, juga ‘smart dressing’ menjadi pilihan utama buat mereka yang akan ke Wimbledon, terutamanya tetamu di VIP suite.
Namun begitu, kod gaya tersebut dipatuhi sempurna oleh kebanyakan selebriti yang hadir, seperti David Beckham, Jude Law dan sebagainya.
Dengan Wimbledon yang kembali diadakan, semua mata tertuju pada tetamu lelaki yang memenuhi tempat duduk penonton. Dan kali ini, menyaksikan selebriti-selebriti popular juga yang muda, dari Jonathan Bailey, Benedict Cumberbatch ke Romeo Beckham. GLAM Lelaki memilih lapan selebriti lelaki yang ‘stylish’ menghadiri Wimbledon 2021.
- DAVID BECKHAM

Tags
Artikel Yang Berkaitan
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
REKAAN LOKAL, GAYA GLOBAL: JENAMA BAG TO CHECK OUT
Cari beg tempatan yang bergaya? Kenali 5 jenama bag Malaysia dengan rekaan unik dan moden yang wajib masuk dalam senarai anda.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
AINA ABDUL X MELINDA LOOI: APABILA FESYEN JADI PERSEMBAHAN
Bagi Aina Abdul, naik ke pentas bukan sekadar soal suara. Penampilan harus on point, siluet kena masuk dan setiap detail perlu ada cerita. Bersama Melinda Looi, fesyen bukan sekadar outfit, ia menjadi sebahagian daripada persembahan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.











