BELAKANG TABIR KEMPEN VIDEO SALVATORE FERRAGAMO MUSIM LURUH 2021
BELEK IMEJ POLAROIDS BELAKANG TABIR KEMPEN VIDEO SALVATORE FERRAGAMO SEMPENA KOLEKSI MUSIM BARU.
Lanjutan dari kolaborasi kreatif bersama Luca Guadagnino, yang diilhamkan dari karya seni Hitchcock, Salvatore Ferragamo meneruskan penghasilan kempen untuk koleksi musim luruh/dingin 2021. Yang turut sama menjulang seni sinematik yang unggul, disutradarai oleh pengarang terkenal asal Jerman, Win Wenders.

Felix Sandman

Win Wenders
Dengan kerjaya yang meluas lebih dari 40 tahun dan pernah menghasilkan variasi filem, merangkumi dokumentari, video muzik dan siri televisyen serta filem, Wenders adalah pengkarya agung yang sangat dikagumi. Bakat seninya usah dipertikaikan lagi. Hasil karyanya, dari Paris, Texas (1984), hingga Wings of Desire (1987), Buena Vista Social Club (1999) dan Pina (2011), kemahirannya sebagai pengarah untuk menangkap imej dan visual sempurna adalah kerana minatnya dalam bidang fotografi.
Untuk kempen baru Ferragamo, Wenders dikehendaki menghasilkan dua produk utama, iaitu mengarahkan filem pendek yang berlokasi di Milan, sambil itu menangkap imej kempen.

Gaia Grace
Dibintangi oleh pelakon Itali, Gaia Grace dan penyanyi Sweden, Felix Sandman, cereka pendek yang bertajuk “Future Positive” memaparkan kisah dalam kisah, mengetengahkan kisah cinta antara kenyataan dan fiksyen yang saling berkaitan. Tarikh tayangan kempen video belum diumumkan lagi, namun Ferragamo ada berkongsi beberapa kepingan gambar polaroids yang menampilkan wajah Wenders bersama dua pelakon utamanya di Milan.
ENAM LOOK SALVATORE FERRAGAMO AW21 PILIHAN GLAM LELAKI:

Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.











