MSGM MUSIM LURUH 2021, TAMPILKAN GAYA PENDAKIAN MODEN
MSGM BERKELANA KE PERGUNUNGAN ALPS UNTUK KOLEKSI MUSIM LURUH 2021 YANG DIREKA OLEH PENGASASNYA SENDIRI, MASSIMO GIORGETTI.
Koleksi MSGM musim luruh 2021 menterjemahkan gaya sewaktu hari paling sejuk pada musim sejuk. Giorgetti menyelam pengalaman peribadi sewaktu kunjungan ke Italian Alps yang secara tak langsung, menjadi inspirasi rekaan musim ini. Koleksi berjudul “Vertigine”, merupakan perkataan Itali untuk Vertigo.
“Perkataan yang menangkap sensasi gaya musim sejuk, yang mana turut dipilih oleh Giorgetti sebagai metafora kehidupan yang sedang kita alami dalam situasi sekarang. Tercetusnya rasa yang tidak menentu, rasa kehilangan yang menghampiri titik kehidupan yang tidak stabil,” kongsi MSGM.
Koleksi MSGM yang baru merupakan referensi pada gaya-gaya pendakian, namun menggarap siluet dan reka bentuk gaya sehari-hari. Pun begitu, koleksinya terbukti bersifat versatil yang sememangnya memenuhi kehendak pasaran semasa.
Giorgetti bersama pasukan kreatifnya memfokuskan pada rekaan helaian luar, seperti jaket dan kot dedikasi musim ini. Yang berpegang teguh pada prinsip MSGM yang sejati, dalam olahan rupa yang playful, segar dan kekinian, langsung membentuk trend fesyen lelaki yang akan datang.
Helaian luaran yang dapat dipakai dua sisi serta jaket berpotongan tegas dengan gaya padded bernuansa maskulin mendominasi beberapa gaya awal yang disuguhkan. Cetakan pop memenuhi beberapa potongan kot, jaket serta vest yang dipadukan di atas material warna gelap dan bold di cemerlangkan dengan deretan aksesori yang kontra. Nuansa warna pastel, seperti ungu, biru, dan hijau neon antara taruhan utama.
Esen segar dan praktikal dalam olahan yang fun, melihatkan satu koleksi yang sesuai dengan pertimbangan MSGM dalam tiap rekaannya, malah koleksi musim luruh 2021 menunjukkan esensi MSGM yang tidak terbatas, walaupun rekaannya menjulang tema Alpine.
Sejumlah rekaan sut turut dihadirkan, ternyata bukan fokus utama untuk koleksi kali ini, tetapi telah dipertingkatkan gayanya. Seterusnya memberi ramalan gaya untuk musim-musim yang bakal tiba.
#MSGM
Artikel berkaitan: GUCCI LES POMMES, HANGATKAN RASA CINTA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
MILAN & PARIS FASHION WEEK MEN’S SS27: SIAPA SELEBRITI ASIA YANG HADIR?
Seperti biasa, Milan dan Paris Fashion Week SS27 kali ini dihadiri oleh selebriti Asia yang mewakili jenama masing-masing, dengan penuh gaya.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.

















