DIOR SAUVAGE BAKAL MUNCUL DENGAN EDISI BAHARU
Haruman ikonik buat lelaki dari Dior, Sauvage bakal muncul dengan nuansa dan aroma baharu yang lebih segar, edgy dan seksi.
Apakah akan jadi apabila seorang aktor yang gila-gila, edgy dan sangat dominan karakternya ditemukan dengan seorang paka pembuat haruman legenda dalam satu temubual santai? Saya sangka ia akan jadi satu sesi yang agak janggal kerana dua karakter yang jika ikut bayangannya punya karakter yang jitu perbezaannya. Tetapi sangkaan nampaknya ternyata meleset.
Apabila Dior melancarkan teaser temubual Johnny Depp dan pakar haruman Dior, Francois Demachy saya dapat bayangkan satu temubual yang cukup menyeronokan. Mereka berdua ditemukan sempena pelancaran Dior Sauvage yang Bakal dilancarkan tidak lama lagi. Seperti yang kita tahu, Johnny Depp adalah wajah kempen bagi haruman ini sejak sekian lama, dan Francois Demachy adalah genius yang berada di belakang penghasilan haruman ikonik era baharu ini.
Johnny Depp tampil dengan gitarnya, dan acapkali dia memetik gitarnya dalam temubual tersebut. Mereka cuba mencari persamaan antara nota petrikan gitar dengan nota haruman, yang mana bisa disatukan atau punya ritma seiring. Perbualan mereka berdua seakannya banyak diselang seli dengan gelak tawa.
“Kamu takkan sedar ada bau bergamot dan patchoulli dalam nota ini,” kata Francois Demachy lantas Johnny Depp memetik gitarnya dan berkata, “seperti bunyi petikan gitar ini, dua nota yang seakan berantakan.”
Saya tertarik dengan Jawapan yang diberikan oleh Francois Demachy saat Johnny Depp bertanyakan apakah bahan rahsia dalam Dior Sauvage yang baharu ini. “Tiada bahan rahsia, yang rahsia adalah resipinya.”
Nantikan kemunculan Dior Sauvage yang baharu September nanti.
Artikel Berkaitan: HERO, HARUMAN DEBUT RICCARDO TISCI BERSAMA BURBERRY
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JOHNNY DEPP PEROLEH RM16 JUTA DARIPADA JUALAN KOLEKSI KARYA SENI PERTAMANYA
Selepas mencipta nama sebagai pelakon dan pemuzik, Johnny Depp kini secara rasminya bergelar pelukis profesional.
KEMBARA PENHALIGON’S DI UFUK TIMUR PENUH FANTASI
Wangian koleksi Portraits bernama The World According To Arthur menjanjikan bau yang segak dan fantasi.
JOHNNY DEPP DILAPORKAN TELAH TEMUI PENGGANTI AMBER HEARD
Kelibat Johnny Depp bersama seorang wanita misteri berambut merah di Itali berjaya mencuri perhatian paparazi baru-baru ini.
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.
10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2022
Laman penstriman utama Netflix, HBO GO dan Disney+ Hotstar membariskan 10 filem, siri drama, rancangan komedi serta dokumentari baharu yang ‘must watch’ sepanjang Julai 2022.
JOHNNY DEPP BAKAL MEMBINTANGI PIRATES OF THE CARIBBEAN TERBAHARU?
Johnny Depp telah menggalas watak Jack Sparrow dalam lima filem Pirates Of The Caribbean sejak 19 tahun lalu sebelum namanya digugurkan.