HERO, HARUMAN DEBUT RICCARDO TISCI BERSAMA BURBERRY
Pengarah kreatif Burberry, Riccardo Tisci akhirnya tampil dengan buah tangan baharu iaitu sebotol haruman istimewa yang dinamakan sebagai HERO. Haruman ini adalah buah fikir sulung Riccardo sejak menyertai keluarga rumah fesyen yang berpangkalan di London itu.
Riccardo dalam satu kenyataan berkongsi, “mencipta haruman adalah satu proses yang cukup peribadi dan intim, dan itu lebih saya rasakan dalam perjalanan menghasilkan Burberry Hero. Saya mahu haruman ini menonjolkan definisi kelakian moden, menyerlahkan kekuatan dan sensitiviti agar kedua-duanya seiring.”
Tambah Riccardo lagi dia cukup teruja apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan aktor Adam Driver untuk kempen minyak wangi ini. Menurut Riccardo, aktor tersebut adalah satu figura yang hebat, dia memiliki ciri-ciri dan definisi maskulin hari ini, nilai kekuatannya tidak nampak terlalu mencuba dan emosinya pula tampak berkuasa.
Adam Driver pula berkata dia sangat berbesar hati apabila dipilih sebagai penghias kempen haruman ini. “Saya sangat gembira dapat bekerja dengan Burberry untuk kempen haruman terbarunya dan tentunya ini adalah haruman sulung Riccardo Tisci bersama Burberry,” luahnya. Foto kempen ini dirakamkan oleh Mario Sorrenti manakala untuk filemnya pula disempurnakan oleh pengarah, Jonathan Glazer.
MEMAHAMI BURBERRY HERO
Satu yang paling saya suka tentang haruman ini ialah botolnya yang tampil cukup ringkas namun nampak classy dalam nadi yang sungguh moden. Keringkasan yang seiring dengan definisi maskulin namun tidak membosankan.
Untuk minyak wangi sulungnya ini, Riccardo cuba bermain dengan nota utama seperti aroma juniper dan lada hitam selain diadun Mesra dengan kehangatan kayu sedar dari tiga lokasi berbeza iaitu dari Virginia, gunung Atlas dan pergunungan Himalaya.
Riccardo tidak menghasilkan minyak wangi ini sendirian, dia bekerjasama dengan pakar Haruman, Aurélien Guichard. Kongsi Aurélien dalam satu perkongsian Burberry, Burberry Hero mewakili ciri-ciri malar segar yang sangat sinonim dengan identiti Burberry tetapi dalam masa yang sama ia juga punya elemen moden. Ia adalah gabungan ciri universal dan unik.
Haruman ini bakal berada di pasaran 2 Ogos dan hadir dalam tiga Saiz berbeza, 50ml, 100ml dan 150ml.
Artikel Berkaitan: 10 HARUMAN KLASIK DAN IKONIK BUAT LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH FOR MEN WANGIAN LELAKI MASKULIN
Coach memperkenalkan barisan wangian terkini, Coach For Men yang membangkitkan semangat serba romantis dan bebas.
GOLDFIELD & BANKS, WANGIAN UNTUK LELAKI EKSKLUSIF DARI AUSTRALIA
Sensual dan eksotik, Island Lush daripada rangkaian Botanical Series oleh jenama wangian Australia, Goldfield & Banks akan menyerlahkan sisi lelaki alpha hari ini.
BVLGARI POUR HOMME MINYAK WANGI PILIHAN LELAKI
Bvlgari Pour Homme Eau de Toilette baunya ada keharmonian antara segar dan lembut.
WANGIAN INI MENANG ANUGERAH BERPRESTIJ FRAGRANCE FOUNDATION AWARDS DI PERANCIS
Wangian uniseks Velvet Tonka by BDK Parfums telah memenangi salah satu anugerah berprestij yang dipertandingkan di Fragrance Foundation Awards 2022.
PRINCE HARRY MELUPAKAN IBUNYA MENERUSI MINYAK WANGI INI
Menerusi buku biografi terbaru, Spare. Prince Harry mengatakan minyak wangi kegemaran ibunya menjadi sumber utama untuk dia menerima kenyataan
DESTINASI PERCUTIAN PERLU ANDA KUNJUNGI BERDASARKAN ZODIAK CINA 2023
Tahun ini, destinasi percutian untuk zodiak Naga adalah kota Paris. Apa pula lokasi yang perlu anda kunjungi berdasarkan zodiak Cina anda pada 2023?