5 CARA TERBAIK UNTUK ATASI KRISIS DALAM HUBUNGAN
Mengapa wujudnya krisis dalam hubungan cinta atau krisis rumah tangga? Adakah si dia tidak memberi komitmen yang tinggi dalam hubungan atau anda kurang fasih untuk membina hubungan berkualiti?
Hari ini, perpisahan mahupun perceraian acapkali menjadi berita utama di dada-dada akhbar baik di dalam mahupun di luar negara. Kadang kala kita tidak sangka mereka yang sudahpun bersama beberapa tahun juga memutuskan untuk berpisah.
Hubungan cinta sesama pasangan mahupun suami isteri ibaratkan belayar di lautan, ada ketikanya tenang, ada kalanya ada pancaroba yang tidak disangka. Namun begitu, dalam setiap hubungan ada caranya untuk kembalikan rasa cinta dan magis bersama.
5 Cara Atasi Krisis Rumah Tangga dan Masalah Cinta
Tidak pasti apakah jalan terbaik untuk memastikan anda berdua sentiasa bahagia? Kami di GLAM Lelaki bariskan lima cara atasi krisis dalam hubungan yang anda perlu tahu.
1.ELAKKAN PENIPUAN
Mengapa harus menipu dalam hubungan? Sifat jujur merupakan kunci utama untuk mengekalkan hubungan bersama pasangan.
Jangan sesekali memulakan penipuan kerana ia boleh menimbulkan permasalahan bersama si dia. Tidak kira sama ada perkara besar atau kecil, sentiasa berlaku jujur kepada pasangan anda, dan usah berselindung di balik bayangan sendiri. Takut nanti, esok lusa, penipuan anda terbongkar dan pasangan anda langsung tidak menaruh kepercayaan terhadap anda.
Apa yang lebih teruk, si dia juga akan membuat perkara yang sama dan akhirnya akan menyebabkan hubungan bertukar negatif. Terapkan kepercayaan, kejujuran dalam keikhlasan dalam hubungan anda untuk membina rasa cinta yang lebih manis.
2. CEMBURU PUNCA KRISIS RUMAH TANGGA
Cemburu tanda sayang? Ya, benar. Namun, usahlah ada perasaan cemburu yang begitu serius hingga menyebabkan pasangan anda tidak bebas untuk berkawan dan terasa dikongkong.
Sifat cemburu yang terlampau akan menyebabkan anda berasa marah, emosi kurang stabil dan hilang pertimbangan sehingga melakukan perkara yang mungkin tidak disukai oleh pasangan anda.
Selain itu, pasangan anda akan mula khuatir dan timbul keraguan terhadap kepercayaan anda pada si dia. Jelas, sikap cemburu anda haruslah kena dengan tempat, masa, dan situasi untuk mengelakkan masalah dalam hubungan anda.
3. KOMUNIKASI
Komunikasi, komunikasi, komunikasi. Terutamanya kepada golongan muda, kurang berkomunikasi adalah penyebab utama hubungan jadi dingin.
Perasaan cemburu, penipuan, dendam dan sebagainya dapat diatasi sekiranya pasangan mampu berkomunikasi dengan baik. Luahkan saja perasaan tidak puas hati kepada pasangan. Jangan gentar untuk menjadi seorang yang jujur.
Ambil masa untuk duduk berdiskusi, berbincang tentang perihal hubungan dan selesaikannya bersama. Secara tidak langsung, ia juga mengeratkan lagi diri anda bersama si dia.
4. JANGAN AMBIL MUDAH
Kadang-kala, jika sesebuah hubungan itu sudah berada dalam tempoh yang lama, pasangan akan mula mengambil mudah mengenai hubungan cinta yang terjalin. Sudah tidak sehangat waktu pertama kali bercinta.
Mengapa harus begitu? Seharusnya, semakin lama tempoh hubungan itu, semakin fasih setiap pasangan untuk mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin.
Pelajari dan fahami perkara terbaik untuk membuat pasangan anda bahagia. Dalam tempoh yang lama, sudah pasti anda cukup arif tentang karakter si dia. Gunakan waktu yang ada dengan sebaik mungkin supaya hubungan anda kekal lama. Jangan ambil ringan dan sentiasalah berusaha untuk menjadikan hubungan bersama si dia lebih berkualiti.
5. ELAK PERBANDINGAN
Perbandingan adalah perkara tidak wajar dilakukan dalam sesebuah hubungan. Sebagai contoh, sesetengah pasangan kerap kali membandingkan hubungan sekarang dan masa lampau. Usah bangkitkan cerita lama. Ini akan menyebabkan si dia rasa khuatir terhadap anda.
Bukan itu sahaja, malah ada juga yang membuat perbandingan tentang bentuk badan, rupa paras ataupun cara pemakaian pasangan dengan orang lain. Hal ini menyebabkan pasangan akan hilang kepercayaan pada anda dan secara tidak langsung, sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti hubungan anda.
Jadi, usah membuat perbandingan, namun menasihati sesama lain adalah perkara paling bagus.
Kadang kala isu timbul dalam hubungan tanpa sebab yang munasabah. Ada yang rasa kurang yakin dengan hubungan kerana mereka tidak pernah mempunyai hubungan stabil sebelum ini. Ada pula mungkin masih trauma kerana hubungan yang lalu. Yang paling penting, bagi mengatasi krisis rumah tangga ini anda dan pasangan perlu berbicara secara jujur antara satu sama lain dan jangan assume si dia boleh membaca minda anda.
Teks: Putra Mokhter
Artikel berkaitan: JANGKITAN KULAT PADA ALAT SULIT YANG LELAKI PERLU AMBIL TAHU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA
Kempen Movember menonjol sebagai gerakan penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lelaki.
SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?
Bekas pasangan kekasih ini dilihat menghadiri perlawanan akhir Copa America antara Argentina dan Colombia pada 14 Julai lalu di Miami, Florida.
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA
Menjalin hubungan dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda atau lebih tua bukanlah satu perkara besar dalam dunia Hollywood.
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH
Semasa matahari terbenam di ufuk pada hari terakhir tahun 2023, Lexis Hibiscus Port Dickson berubah menjadi syurga kaleidoskopik bagi lebih daripada 2,000 para tetamu yang meraikan perayaan Malam Tahun Baru yang paling dinantikan tahun ini.
STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID
Bagi peminat chef selebriti terkenal Gordon Ramsay, anda kini boleh menikmati makanan lazat di restoran terbarunya Street Pizza di Sunway Pyramid.
SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK
Ruark menampilkan Siri 100 sistem muzik yang menawarkan lonjakan dalam kualiti audio evolusi dan gabungan kesenian dan inovasi yang lancar.