Skip to content

Gelombang kedua kempen KENZO X H&M

Kongsikan artikel ini
Teks: Abdul Aziz Draim Gambar: H&M
hm_kenzo_campaign_chancetherapper_smaller

Chance The Rapper untuk Kenzo X H&M

Gelombang kedua kempen KENZO x H&M sudah tiba!

H&M kini mengeluarkan tiga imej terkini daripada kempen KENZO x H&M, hasil garapan pengarah cukup kreatif, Jean-Paul Goude. Imej-imej awal ini mempersembahkan duta-duta pertama kempen ini yakni supermodel Iman, artis hip hop kian meningkat Chance The Rapper, juga rapper Suboi.

hm_kenzo_campaign_suboi-smaller

Suboi untuk Kenzo X H&M

Untuk kempen ini, Jean-Paul Goode menerapkan aplikasi potongan dan susunan imej yang bukan sahaja berjaya mencerminkan tenaga, jiwa dan karakter koleksi ini, namun sememangnya satu pendekatan yang sudah sebati dengan identitinya sebagai seorang innovator dalam penghasilan imej.

hm_kenzo_campaign_iman-smaller

Iman untuk Kenzo X H&M

Seramai 7 individu global telah dipilih mewarnai kempen KENZO x H&M, masing-masing dengan latar belakang yang merangkumi arena muzik, fesyen, seni dan bidang aktivisme. Turut membintangi kempen ini kelak ialah selebriti Rosario Dawson, Ryuichi Sakamoto, Chloë Sevigny dan Xiuhtezcatl Martinez.

Selain daripada tiga imej baru yang dikeluarkan hari ini, para peminat Kenzo ataupun warga fesyen secara amnya sudah boleh melihat sebahagian daripada persalinan koleksi yang ditunggu-tunggukan ini melalui video belakang tabir pembikinan iklan kempen, hasil sentuhan pengarah Swedish, Max Vitali.

Kempen KENZO x H&M akan dilancarkan sepenuhnya bermula Oktober 17.

Di Malaysia, Koleksi KENZO x H&M akan dijual di butik H&M Lot 10 dan H&M Avenue K bermula 3 November, 2016. Jangan lupa tandakan dalam kalendar anda!

Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut