UNIQLO BERKOLABORASI BERSAMA MUSEE DU LOUVRE
BEG TOTE, ITEM TAMBAHAN BARU UNTUK KOLEKSI UNIQLO BERSAMA MUSEE DU LOUVRE. SATU ITEM LAGI MENGGEMILANGKAN KARYA SEJARAH. DEDIKASI KOLEKSI MUSIM LURUH 2021, BANYAK ITEM MENARIK LAIN WAJIB MILIKI.
Pandemik bukanlah suatu alasan untuk berhenti berkarya. Bagi jenama kreatif seperti UNIQLO, satu lagi koleksi istimewa yang bakal dilancarkan yakni kolaborasi bersama Musée du Louvre.
Koleksi ini meneruskan konsep yang berjaya merefleksikan karya sejarah dunia seperti Mona Lisa dan Winged Victory of Samothrace, dengan sentuhan grafik UT (kemeja T UNIQLO). Ternyata, UNIQLO tidak berhenti dan tetapi mengeksplorasi setiap idea baharu untuk merancakkan industri fesyen. Koleksi ini bakal dilancarkan mulai dari 16 September di UNIQLO RIVOLI, stor baharu yang dibuka di Paris, lokasi yang sama dengan Louvre dan akan diperkenalkan di seluruh dunia.

UNIQLO menetapkan perjanjian kerjasama empat tahun dengan Musée du Louvre pada awal tahun ini, merancang pelbagai inisiatif dan kolaborasi yang memberi peluang buat semua di seluruh dunia mendekati seni.
Koleksi UT pertama, yang menampilkan motif berdasarkan karya sejarah dari muzium sebagai aksen utama, telah pun dilancarkan pada Februari lepas. Dan pada bulan Mei, UNIQLO mula menyokong “Mini Discovery Tour,” sebuah program pendidikan yang dilancarkan oleh muzium pada bulan Julai 2020.


Koleksi lelaki yang direka oleh Peter Saville, artis grafik Inggeris berpengaruh yang mereka koleksi lelaki pertama, memfokuskan pada tiga karya: Mona Lisa, Winged Victory of Samothrace, dan Venus de Milo. Seni-seni tersebut dipaparkan pada helaian-helaian asas yang terkandung, seperti sweater, kemeja T dan turtleneck, mengkhususkan item asas gaya musim sejuk. Direka dalam siluet longgar dan fabrik nyaman, koleksi ini akan terasa sempurna dikenakan saat beraktiviti di dalam mahupun luar rumah.
Menghangatkan lagi koleksi ini, UNIQLO turut memperkenalkan beg tote dalam empat reka bentuk untuk menyemarakkan gaya sehari-harian, sambil itu melengkapi gaya cemerlang musim luruh.
#UNIQLO
Artikel berkaitan: LIMA PENYANYI BERGAYA MASA KINI. AND WHY WE LOVE THEIR STYLE?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?
Aina Abdul bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2026, dengan peminat antarabangsa meramalkan Malaysia mampu menembusi Top 3.
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.











