KAFE MESTI KUNJUNG 2016
Teks & Penyelaras: Johan Kassim Gambar: Jason Lee
Masih tercari-cari kafe menarik untuk melepak bersama teman-teman? GL menampilkan pilihan kafe wajib kunjung untuk sesi bersantai dan misi relaks di hujung minggu.
THURSDVYS, taman tun dr. ismail
Diasaskan oleh pemuda bernama Azman Hadri, kafe ini menawarkan seleksi kopi, sajian makanan dan manisan. Lokasi terbaik buat anak muda gemar melepak bersama kawan-kawan di hujung minggu. Thursdvys, 22, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail.
LOKL, KUALA LUMPUR
Lokasi kafe LOKL menjadikannya ia tak putus-putus dikunjungi pencinta kopi. Selain kopi, pengunjung bisa mencuba minuman lain berasaskan coklat atau susu. Cubalah. LOKL, 30, Jalan Tun H S Lee, KL.
KOPI C CAFE, GEORGETOWN
Georgetown, Penang semakin ligat dengan kafe-kafe baru. Kopi C. Café tak terkecuali menerima kunjungan ramai pencinta kopi. Andai berkunjung ke Penang, singgah minum petang di kafe cool ini. Kopi C Cafe, 153 & 155 Lebuh Pantai
Penang.
BEAN BROTHERS, SUNWAY DAMANSARA
Tercari-cari lokasi brunch baru yang hip? Di sinilah tempatnya. Ajak teman berkumpul di sini pada pagi Ahad sambal menikmati juadah ciptaan sendiri chef-chef kafe Bean Brothers. Bean Brothers, Jalan PJU 3/50, Sunway Damansara.
MONKEYCUP CAFE, PENANG
Satu lagi kafe yang menghidangkan seleksi kopi. Selain ‘street art’ dan bangunan ikonik di Penang, ruang dalam kafe ini juga bisa dirakam sebagai ‘Instagram worthy’. Monkeycup Cafe, 36C, Jalan Chow Thye, Georgetown, Penang.
AHMAD & CO.COFFEE & CIGAR, KOTA DAMANSARA
Selain minuman, cuba rasa manisan masa kini yang semakin menjadi trend iaitu ‘churros’. Sempurna dijadikan menu minum petang terutamanya kala hujung minggu. Ahmad & Co, 11G, Jalan PJU 5/20A, The Strand, Kota Damansara.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COSENTINO DAN LAMARSA SATUKAN REKA BENTUK DAN KOPI, CIPTA SUDUT BREW IDAMAN ANDA
Jenama Cosentino dan Lamarsa berganding bahu berkongsi ilmu untuk mencipta sudut brew yang sempurna buat peminat kopi dan barista.
5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERSAHUR
Pemilihan makanan yang betul ketika bersahur sangat penting untuk memberikan tenaga, menahan lapar dan meningkatkan kesihatan.
5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN
Pemilihan makanan yang betul ketika sahur adalah sangat penting untuk memberikan tenaga, menahan lapar dan meningkatkan kesihatan sepanjang berpuasa Ramadan ini.
BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC
Jenama kopi legenda Bacha Coffee diasaskan di Marrakech pada tahun 1910, telah meneruskan jelajah dunianya ke tengah-tengah Kuala Lumpur Suria KLCC.
3 CARA UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI ANDA SENTIASA MENJADI KENANGAN TERINDAH
Jangan lupa untuk mencuba 3 idea ringkas ini untuk mengubah detik-detik Hari Raya Aidilfitri anda menjadi kenangan terindah bersama yang tersayang.
IKON FESYEN, CHIARA FERRAGNI KONGSI INSPIRASI BUDAYA KOPI ITALI
Ikon fesyen antarabangsa, Chiara Ferragni bersama Nespresso mempekenalkan rangkaian kopi edisi terhad Ispirazione Italiana yang diilhamkan oleh budaya kopi Itali.