Skip to content

DJI OM 5 MENGINSPIRASIKAN KREATIVITI VIDEOGRAFI BUAT CONTENT CREATOR

Kongsikan artikel ini

Peneraju industri dron awam dan videografi, DJI memberikan penyelesaian kreativiti terbaik buat content creator dengan penstabil telefon pintar, DJI OM 5 terbaharu dengan reka bentuk mudah alih yang lebih kompak.

Peneraju industri dron awam dan fotografi, DJI terus mencabar sempadan teknologi dengan memberikan penyelesaian terhebat untuk membantu content creator menginspirasikan kreativiti dengan mudah. DJI OM 5 merupakan tambahan terkini untuk siri Osmo Mobile dilengkapi dengan penstabil telefon pintar yang kini ditambah baik dengan pengapit telefon serta reka bentuk kompak dan rod pemanjangan yang sedia terbina., saiz yang lebih kecil dan ringan daripada model pendahulunya.

Melangkaui penstabil telefon pintar tradisional, DJI OM 5 menampilkan teknologi penstabilan 3-paksi yang terkemuka, ciri ShotGuides terbaharu serta peningkatan ActiveTrack 4.0. DJI OM 5 yang tersedia dalam dua warna iaitu Sunset White dan Athens Gray. Ciri-ciri terkini sudah pasti dapat menginspirasikan kandungan video yang lebih hebat dan unik dengan hanya beberapa sentuhan.

Reka Bentuk Kompak Dan Versatil

DJI OM 5 menampilkan reka bentuk lipat ikonik DJI dengan teknologi gimbal 3-paksi berkualiti tinggi untuk menjadikannya sepertiga lebih kecil daripada pendahulunya. Mudah untuk di bawa bersama kala membuat kandungan video, ia hanya sebesar telapak tangan apabila dilipat dan boleh digunakan bersama banyak model telefon pintar. Ia turut hadir bersama rod pemanjangan terbina dalam inovatif yang membolehkan pengambilan gambar pada sudut dinamik, selain tambahan butang untuk mengakses dan mengendalikan fungsi dengan lebih mudah.

Inspirasi Kreativiti Videografi

Teknologi penstabilan 3-paksi DJI akan melancarkan rakamam ketika berjalan kaki atau melakukan aktiviti sukan untuk kandungan yang hebat. Bagi yang baharu menceburi bidangan videografi, pengguna boleh mengikuti ciri ShotGuides yang menyediakan 30 set tutorial penggambaran pra-set dan menyokong penyuntingan automatic untuk video. ActiveTrack 4.0 pula kini dikemas kini untuk menyokong penjejakan sehingga 3x zoom pada 5 m/s dan membolehkan subjek dikenal parti secara tepat. Gesture Control, DynamicZoom, Spin Shot Gimbal Movement dan Glamour Effect antara ciri profesional dan mod penggambaran pr-program yang terdapat dalam gajet ini.

DJI OM 5 tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Sunset White dan Athens Gray, pada harga RM689 yang merangkumi pengapit magnetik, tripod, kabel kuasa, tali pergelangan tangan dan beg simpanan.

Foto: DJI

Baca lebih lanjut: #GLFIRSTGAYAHIDUP: UNIQLO SPORT UTILITY WEAR

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung galaxy tab s9

APA YANG MENARIK DENGAN SAMSUNG GALAXY TAB S9 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut