AZLAN TYPEWRITER DITIMPA MUSIBAH KETIKA MENDAKI
Benar kata peribahasa, ‘geruh tak berbunyi, malang tak berbau’. Itu yang dialami penyanyi, Azlan Typewriter apabila tercedera ketika melakukan aktiviti mendaki bukit dua hari lalu.
Kongsi Azlan, kejadian berlaku di Sungai Batangsi, Semenyih ketika dia bersama empat rakan menuruni bukit yang agak curam untuk menuju ke sungai. Malangnya dia hilang imbangan lalu tergelincir, mengakibatkan kaki kirinya patah.
“Kejadian berlaku sekitar jam satu tengah hari. Ketika berjalan ke arah sungai, saya terpijak tanah licin lalu terjatuh. Kaki saya terhentak pada batu besar, malah saya boleh dengar bunyi tulang patah.”
Tambah pelantun Lagu Untukmu ini, dia sudah menjangkakan kecederaan itu terutama apabila melihat keadaan kakinya yang sudah terkulai.
“Dalam keadaan tercedera, saya sedaya upaya naik semula ke atas dengan bantuan rakan-rakan. Seorang rakan yang memandu kereta bergegas membawa saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.”

Foto: Instagram
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM IKONIK LAKONAN DIANA DANIELLE
Kenali 5 filem ikonik Diana Danielle. Saksikan evolusinya sebagai primadona paling berpengaruh dalam industri perfileman.
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
5 LAGU TERBAIK NYANYIAN NAIM DANIEL PILIHAN GLAM LELAKI
Terokai 5 lagu terbaik Naim Daniel pilihan GLAM Lelaki. Dari "Sumpah" hingga "Seni Berdamai Dengan Takdir", lihat evolusi seni beliau di sini.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU
Amanda Amry, nama yang mungkin terkenal dalam kalangan pencinta muzik dan kecantikkan muda, GLAM Lelaki turut sempat menemubualnya.











