BVLGARI MAN TERRAE ESSENCE DIDOMINASI VETIVER DARI TANAH JAWA
Bvlgari Man, haruman ‘bersiri’ yang memang punya peminatnya tersendiri. Nuansa aromanya masih utuh berkisar tentang kelakian, namun dipelbagaikan pada notanya, berbeza-beza namun kekal maskulin. Terkini Bvlgari menambah lagi barisan aromanya bila mana mereka memperkenalkan Bvlgari Man Terrae Essence. yang mana ‘terrae’ adalah perkataan Latin yang membawa maksud ‘Of the earth’.
Bvlgari Man Terrae Essence adalah simbol kepada kehebatan bumi yang kita diami, yang mana Bvlgari menceduk inspirasi dari kesuburan tanah Tuscan yang mewah dan beridentiti. Kekuasaan dan kekuatan bumi itu diterjemahkan pada penggunaan vetiver di dalam haruman ini.
Haruman ini dicipta oleh ikon dunia penghasilan haruman tersohor, Alberto Morillas yang mana untuk haruman ini Alberto menyemarakan minyak wangi ini dengan dua bentuk vetiver yang mana didatangkan dari tanah Jawa dan juga Haiti. Vetiver dari Jawa sangat dominan baunya manakalah yang dari Haiti pula lebih lembut baunya, mengingatkan kepada suasana hangat musim panas. Apa yang membuatkan minyak wangi ini lebih istimewa adalah kehadiran tiga bahan yang diramu dan diformula secara istimewa Bvlgari iaitu Woodleather®, Geonol, dan esen lobak. Tiga bahan inilah yang membuatkan Bvlgari Man Terrae Essence cukup unik dan berbeza.
Dilihat secara zahir, botol haruman ini diperindahkan dengan elemen batu marmar dalam ton nude, yang mana ia adalah symbol kepada batu marmar yang menjadi identity kepada seni bina ikonik serata Itali. Bvlgari memperkemaskan lagi kelalang haruman ini dengan gabungan warna emas dan gangsa pada penutupnya. Bvlgari Man Terrae Essence sudah boleh didapati di kaunter stor beli-belah utama dan juga secara dalam talian di Zalora, RM351 (60ml) dan RM470 (100ml).
Baca: PACO RABANNE PHANTOM, HARUMAN PERTAMA MENGGUNAKAN NFC CHIP
Tags
Artikel Yang Berkaitan
INSPIRASI KIT HADIAH AESOP DARI SINEMA
Tahun ini, Aesop merangkumi tawaran hadiah yang melimpah dengan koleksi baru kit hadiah edisi terhad yang terinspirasi daripada sinema.
SERLAHKAN KEPERIBADIAN BOLD BERSAMA MYSLF LE PARFUM DI PAVILION KL
Kunjungi pop-up YSL Beauty ‘Born to be Iconic’ dan temukan koleksi-koleksi produk grooming untuk anda eksplorasi. Salah satu produk terbaru yang hadir adalah MYSLF Le Parfum, haruman yang sempurna untuk anda yang ingin meningkatkan penampilan diri sambil berekspresi.
5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024
Paras rupa yang tampan dan menarik akan dilihat melalui gaya rambut seseorang yang menentukan aura mereka yang tersendiri.
RUTIN SKINCARE 2024 : 5 LANGKAH UNTUK KULIT WAJAH SIHAT
Dengan rutin skincare 2024 mudah ini, kulit anda akan kelihatan lebih segar dan sihat setiap hari.
HENRY JACQUES MEMPERKENALKAN WANGIAN BERHARGA RM45,000
Rumah wangian Perancis, Henry Jacques yang terkenal dengan minyak wangi tulen kini memperkenalkan himpunan Collection de l’Atelier dengan set tiga haruman edisi terhad yang eksklusif.
12 WANGIAN PILIHAN GLAM LELAKI DAN RIZAL RASID UNTUK LEBARAN 2024
Merayakan Lebaran dengan penuh keyakinan adalah impian setiap lelaki yang ingin menonjol dalam setiap penampilan. Di samping pakaian dan gaya rambut yang menawan, salah satu elemen yang tidak boleh diabaikan adalah wangian.