Skip to content

HERON PRESTON FOR CALVIN KLEIN: SEASON 2

HERON PRESTON FOR CALVIN KLEIN: SEASON 2

Kongsikan artikel ini

THE FUTURE OF DRESSING. HERON PRESTON DAN CALVIN KLEIN HADIRKAN KOLEKSI BAHARU STREETWEAR BERNADA MEWAH. LUXE COMFORT-MEMBENTUK TEMA KOLEKSI. 

 

Heron Preston untuk Calvin Klein hadir untuk koleksi yang kedua. Dedikasi musim baharu. Musim ini, koleksi yang ditawarkan adalah mengenai evolusi. Berekspresi melalui penyatuan prinsip fesyen Heron Preston dan Calvin Klein. Berkongsi falsafah rekaan yang sama. 

Heron Preston, perunding kreatif untuk koleksi ini, mengolah ‘streetwear’ dan mengetengahkan idea gaya asas. Koleksi asas yang bernada mewah, melalui penggunaan material, pemilihan warna dan hala tuju rekaan. Melalui visi itu, koleksi ini turut menyuntik perspektif segar Calvin Klein melalui lensa moden untuk menghasilkan rekaan yang praktikal untuk gaya sehari-harian. 

Bersifat klasik, namun moden juga memberikan interpretasi baru, dengan terus menelusuri jalur masa depan. Dressing for the future. Obsesi tekstur dan permainan warna pula meningkatkan mutu koleksi ini. Kesederhanaan dan siluet besar yang dihiasi butiran ‘signature’ oren pada bahagian-bahagian tertentu, menyimbolkan identiti Heron Preston. 

Bahan yang bermutu dan bersumberkan mampan diperkenalkan secara menyerluruh dalam koleksi musim ini. Celana jogger berpotongan lurus dalam material kapas french terry, serta item-item ikonik Calvin, seperti bralette, crop tops lengan panjang dan leggings untuk para wanita turut ditawarkan. 

Item-item terkandung direka khusus memberi kehangatan dan keselesaan, sempurna pabila dipakai sepanjang musim dingin. Helain kait dan denim baharu yang diperbuat daripada bahan kapas organik, poliester kitar semula dan nilon kitar semula pula melengkapi koleksi. Seterusnya dicadangkan sebagai rekaan wajib miliki. Tingkatkan penampilan dengan suai padan Heron Preston for Calvin Klein. 

#CalvinKlein

Artikel berkaitan: “A PIECE OF RAINBOW”, SEMARAK WARNA DALAM LV STREETWEAR

 

By Johan Kassim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

dior fendi

TIGA KOLEKSI FESYEN MUSIM PERCUTIAN PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ

RAZIN QIDRAN, PELAKON BARU YANG BERPOTENSI DAN ADA PAKEJ

Bacaan Lanjut

CUTI-CUTI BERSAMA OUTFIT IKONIK LEVI’S®

Bacaan Lanjut
tod's melium group

TOD’S· X CAPSULE COLLECTION BERSAMA XIAO ZHAN

Bacaan Lanjut

ADIB CAROLINE, GENERASI BAHARU FESYEN LOKAL

Bacaan Lanjut

ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU

Bacaan Lanjut