WAJAH BAHARU ZEGNA, INJEKSI PENJENAMAAN YANG MODEN
ZEGNA PERKENALKAN LOGO BAHARU. SELARAS DENGAN PELANCARAN KOLEKSI KAPSUL CITRA AKTIVITI MENDAKI GUNUNG BERTERASKAN PRAKTIKALITI.

Saban tahun, Zegna menjadi sinonim dengan kemewahan Itali. Legasinya dipertahankan oleh keluarga Ermenegildo, yang telah mengekalkan ketradisionalan jenama itu melalui invensi selama bertahun-tahun. Dalam penjenamaan baharu Zegna, jenama itu memperkenalkan logo berupa moden dan perspektif segar dalam reka bentuk. Zegna nyatanya memasuki era baru.
Selaras dengan logo jenama baharu, Zegna akan memanfaatkan kepakarannya dalam inovasi fabrik untuk meningkatkan amalan mampannya dalam penghasilan koleksi. Dengan pengarah artistik, Alessandro Sartori menerajuinya, jenama itu akan meletakkan pendekatan baharu dari perspektif rekaan bersifat kontemporari.
Logo Zegna yang baharu dilancarkan buat pertama kalinya dengan koleksi kapsul yang eksklusif, pakaian aktif yang direka berinspirasikan aktiviti mendaki gunung dan sukan musim sejuk, dengan mengekalkan karakter rekaan dan berjiwa bebas sebagai citra utama.

Jenama Zegna sendiri berasal dari pergunungan, dan melintasi Oasi Zegna, wilayah yang mempunyai akses masuk percuma seluas 100 Km2, di Piedmont, utara Itali. Yang mana menjadi tempat ‘kelahiran’ Zegna pada tahun 1910. Turut sama, mencetus ilham buat pengasasnya yang cenderung untuk mereka koleksi bersifat lestari dan hijau.
Melalui kerjasama bersama ramai pihak dan individu, Zegna mengembangkan konsep koleksi pakaian kasual mewah kepada pakaian aktif, dalam olahan yang baharu. Dilengkapi ilham juga logo baru. Sebagai permulaan, koleksi kapsul yang pertama ini ialah sistem modular yang merangkumi sut ski dan puffer dalam Techmerino ™, jaket parka, seluar dan alas dalam pakaian, dan topi serta topi keledar. Ski dan botol air yang melengkapi set pakaian untuk aktiviti luar lagi lasak.
‘Luxury activewear’ mendefinisikan koleksi ini. Fabrik semula jadi dan mampan merupakan bahan pilihan, seterusnya menekankan komitmen Zegna terhadap kelestarian fesyen dari pelbagai sudut. Pengembaraan merupakan satu lagi ekspresi Zegna dalam mengukuhkan fesyen lelaki. Yang mengimbangi antara fesyen dan praktikal, dalam membentuk hala tuju fesyen di masa akan datang.
Sentiasa menuju kecemerlangan, empat kategori produk yang berbeza juga diterokai dan direka bentuk bersama rakan kongsi luar yang berkemahiran tinggi, seperti Zegna dengan La Sportiva, Zegna dengan Zai, Zegna dengan KASK dan Zegna dengan SIGG.
Artikel berkaitan: H&M INNOVATION CIRCULAR DESIGN STORY, RAIKAN DUA TEMA UTAMA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.
BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI
Beg bukan sekadar aksesori, tetapi pelengkap gaya yang praktikal, seperti Meerqeen yang hadir dengan penampilan penuh gaya.











