Skip to content

H&M INNOVATION CIRCULAR DESIGN STORY, RAIKAN DUA TEMA UTAMA

H&M INNOVATION CIRCULAR DESIGN STORY, RAIKAN DUA TEMA UTAMA

Kongsikan artikel ini

Koleksi perintis H&M, Innovation Circular Design Story, meraikan dua tema; kelestarian dan kegembiraan. Menyentuh perihal masa depan, dengan suntikan berani juga elemen bertenaga. Dibuat menggunakan pelbagai jenis bahan kitar semula dan boleh dikitar semula yang terkini, dan dengan penelitian maksimum terhadap kebolehsuaian dan penggunaan, koleksi ini menegapkan komitmen H&M kepada bentuk pengeluaran yang lebih stabil.

Untuk meraikan koleksi baharu ini, H&M telah bekerjasama dengan Normani, Gigi Hadid dan Kaia Gerber antara lain, untuk menerima keterujaan dan persiapan ke pesta dan keseronokkan berpakaian. 

Innovation Circular Design Story ialah koleksi tambahan terbaharu kepada H&M’s Innovation Series, sebuah inisiatif kemampanan baharu yang memfokuskan pada reka bentuk berfikiran ke hadapan dan bahan inovatif. 

Koleksi ini khusus untuk mereka yang berani mencuba dan gemar mengekspresikan diri mereka, dan kemewahan juga ditunjukkan dalam kempen; dirakam oleh jurugambar Rafael Pavarotti. Yang bertajuk “Just before the party starts”. Tema ini merakamkan sensasi bersiap sedia, dan keyakinan serta keperibadian mereka yang gemarkan fesyen, berkilauan, berdandan, bergambar di hadapan cermin, menari dan bebas. 

Koleksi ini direka oleh pasukan reka bentuk H&M bersama-sama dengan penata gaya Ib Kamaraa, yang menyumbang sebagai Penasihat Kreatif dan menata gaya kempen tersebut. Kerjasama kreatif dua individu hebat tersebut ternyata menghidupkan visi dinamik dan penuh warna. Koleksi unik ini bakal dilancarkan di kedai terpilih dan dalam talian mulai 9 Disember 2021. 

 

Artikel berkaitan: GIUSEPPE ZANOTTI LANCAR KASUT DENGAN JOE FLIZZOW & SONAONE

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
SWATCH X AP MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI 'FAHSIONISTA' TEMPATAN

LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN

Bacaan Lanjut
LANGKAH BRGAYA 2026: KOLEKSI KASUT LELAKI PALING 'HOT' MUSIM INI

LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI

Bacaan Lanjut
5 LUBUK TEMPAH 'SUIT' CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR.

5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut