GIUSEPPE ZANOTTI LANCAR KASUT DENGAN JOE FLIZZOW & SONAONE
Muzik amat penting buat Giuseppe Zanotti. Mungkin ramai yang tidak tahu, Zanotti pada asalnya memulakan kerjaya sebagai DJ muzik. Sebab itulah, sehingga kini dia masih kembali ke muzik untuk mencari sumber idea. Lalu, muncul peluang untuk mereka kasut buat rappers terbaik Kuala Lumpur. Joe Flizzow dan SonaOne memberikan inspirasi kepada Zanotti untuk melancarkan gubahan baharu kasut sneakers berlandaskan dunia muzik yang cukup cool!

Dua sneakers yang popular di Zanotti mendapat gubahan lebih unik. Kasut sneakers Frankie dan Talon diberikan gaya lebih hip mengikut citarasa dua penyanyi rappers tanah air. The Bright Talon yang digayakan khas oleh SonaOne menepati gaya muda dengan percikan rona terang. Ditambahnya pula bersama perincian berkilau untuk rasa fesyen.

Saya memang peminat jenama ini dan ia bagaikan memberikan rasa yang tidak asing juga keyakinan pada diri. Ia adalah satu jenama yang memberikan kebebasan kepada individu menzahirkan apa dirasainya melalui rekaan – SonaOne

Joe Flizzoe pula diberikan kasut sneakers Frankie oleh Giuseppe Zanotti dengan menerapkan nada lebih glamor dan matang. Rona hitam berbalas merah menjanjikan gaya elegan pada si pemakai. Menambah rasa moden dengan adanya perincian zip pada sisi kasut. Joe menyifatkan kolaborasi ini amat penting buatnya sebagai pengumpul kasut sneakers. Apatah lagi dapat melahirkan visinya menjadi satu realiti.”Sarungkan kasut ini di mana sahaja kota di dunia and live your dreams to the fullest,” ujar Joe.
PAUTAN BERKENAAN: KIM SEON HO BERJAYA KEKALKAN POPULARITI WALAU BERDEPAN KONTROVERSI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ONITSUKA TIGER PERKENALKAN “ROTEMIT™”, SILUET BAHARU BERINSPIRASIKAN KASUT BOLA TAMPAR ERA 80’AN
Onitsuka Tiger hadir dengan model terbaharu yang diinspirasikan oleh bola tampar era 1980-an, ROTEMIT™ dengan rona-rona unik.
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA
Onitsuka Tiger melancarkan koleksi eksklusif Malaysia menampilkan siluet ikonik MEXICO 66™ dan baju T edisi terhad.
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
5 PODCAST UNTUK TEMANI PETANG ANDA SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA
5 podcast tempatan menarik mengenai isu semasa dan juga berita hiburan untuk menemani petang anda sementara menunggu waktu berbuka.
9 DUTA JENAMA KOLEKSI BAJU RAYA 2026, FATTAH AMIN, ZARIF GHAZZI & SIAPA LAGI?
Barisan selebriti popular menjadi rebutan jenama koleksi baju raya. Siapakah 9 duta jenama koleksi baju raya 2026?
KILLA DRIZ, PENYANYI RAP GENERASI BAHARU
Killa Driz sudah ada perancangan besar untuk karier muzik dan misinya untuk terus mengukuhkan nama dalam industri muzik.











