SOROT MUSIM PERAYAAN, BRAUN BÜFFEL LANCARKAN KEMPEN ‘HOLIDAY WORLD’
THE MOST WONDERFUL TIME OF THE YEAR IS HERE! BRAUN BÜFFEL HADIRKAN KEMPEN “HOLIDAY WORLD” SEMPENA MERAYAKAN PENGHUJUNG TAHUN YANG MENYENANGKAN.
2021 bakal melabuhkan tirainya. Tiba masa untuk anda melangkah ke hadapan berpegang pada solusi baharu. Setelah menjalani tahun kedua di saat pandemik ini, kita kembali disambut dengan musim liburan. Di mana seluruh dunia pastinya akan bersama-sama merayakan penghujung tahun yang menyeronokkan dan menyenangkan.

Lepaskan tahun 2021 dan pasang harapan baru untuk kesejahteraan yang mendatang. Lantas itu, Braun Buffel mahukan penggemar fesyen untuk meraikan akhir tahun dengan keriangan melalui pelancaran kempen “Holiday World”. Yang turut menyambut budaya memberi dan menerima.
Semarak musim percutian dilengkapi dengan idea ‘gifting’ dari Braun Buffel, merangkumi aksesori utama dari koleksi musim luruh/sejuk 2021. Seperti klutch, dompet dan beg sandang, serta beberapa item fesyen yang lain.
Kempen ini menceritakan dua kisah-kedamaian dan keselesaan, sama ada berada di rumah atau kawasan luar. Memenuhi apa jua kemahuan, rangkaian Braun Buffel dari koleksi ini sempurna untuk dimiliki.
Mulai sekarang hingga 2 Januari 2022, setiap butik Braun Buffel ditransformasi menjadi “Holiday World”, ruang bertema perayaan yang mempamerkan koleksi terbaharu dalam perspektif yang indah. Menawarkan pembungkusan merah edisi terhad Braun Buffel, yang boleh didapati di seluruh butik Braun Buffel, misalnya Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid dan 1 Utama. Juga terdapat aktiviti menarik seperti stesen perhiasan khas, yang mana pelanggan akan dapat mereka sendiri perhiasan Braun Büffel Holiday World. Dan memperibadikan item pembelian mereka yang akan dilakukan oleh tukang kulit di ruang khas.
Koleksi Mikro/Makro musim luruh/sejuk 2021 menerokai prinsip kontras yang menggalakkan untuk melihat dunia dengan perspektif yang sentiasa berubah dan mencipta ragam corak yang tidak terbatas. Koleksi ini merangkumi pendekatan “Metamodernism”, yang melihat faktor klasik tradisi rekaan Itali terhadap produk kulit bergabung dengan kejuruteraan dan inovasi seni bina Jerman, lalu membawa keseronokkan untuk bersiap-siap dengan paduan rangkaian klasik yang diperbaharui dengan pandangan baharu.
#BraunBuffel
Artikel berkaitan: WAJAH BAHARU ZEGNA, INJEKSI PENJENAMAAN YANG MODEN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?
Aina Abdul bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2026, dengan peminat antarabangsa meramalkan Malaysia mampu menembusi Top 3.
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.













