CHRIS NOTH DIGUGURKAN DARI SIRI THE EQUALIZER
Isu serangan seksual Chris Noth dilihat semakin berpanjangan dan mula mempengaruhi kemasyhurannya.
Selepas kejayaan terbaharunya dalam drama And Just Like That…, perjalanan kerjaya Chris kini berputar 180 darjah apabila dia disingkirkan daripada barisan pelakon And Just Like That….
Tindakan itu diambil oleh pihak penerbit setelah dia didakwa melakukan serangan seksual dan merogol dua wanita sebelum ini.
“Chris Noth tidak akan lagi membintangi episod The Equalizer yang akan datang berkuat kuasa serta-merta,” jelas Universal Television dan CBS Television Studios menerusi satu kenyataan rasmi.
Drama yang berkisar tentang jenayah itu menyaksikan Chris memegang peranan sebagai William Bishop di samping pelakon utama, Queen Latifah.
The Equalizer musim kedua telah pun ditayangkan kepada penonton sebanyak tujuh episod. Difahamkan pelakon berusia 67 tahun itu akan muncul dalam satu lagi episod di mana penggambaran telah pun dijalankan.

Foto: CBS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
DIOR SAUVAGE 2025, JOHNNY DEPP UTUH SEBAGAI DUTA KEMPEN
Merayakan keberadaan haruman DIOR Sauvage, Johnny Depp tampil membintangi dalam filem Sauvage. Arahan oleh jurugambar, Jean-Baptiste Mondino.
5 AKTOR YANG MENIMANG CAHAYA MATA SULUNG PADA USIA LEBIH 50-AN
Ramai selebriti memilih untuk memulakan keluarga pada lewat usia kerana bimbang komitmen akan mengganggu perjalanan kerjaya.











