Skip to content

MENU ISTIMEWA SAMBUTAN TAHUN BAHARU DI THE CHOW KIT

Kongsikan artikel ini

The Chow Kit Kitchen mempersembahkan seleksi menu istimewa untuk meraikan kedatangan tahun 2022 dalam suasana yang elegan dan penuh privasi.

2021 bakal melabuhkan tirai dan dalam meraikan sambutan  tahun baharu kali ini, The Chow Kit akan menyajikan pengalaman gastronomi unik bersama promosi staycation yang elegan dan penuh privasi. Hotel yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur ini akan mempersembahkan seleksi menu segar yang istimewa di The Chow Kit Kitchen yang telah dinobatkan sebagai Restoran Baharu Terbaik di Asia oleh CNN Travel pada 2020.

Boleh dinikmati sehingga 31 Disember 2021, The Chow Kit Kitchen akan menampilkan pilihan menu bermusim yang memberikan tumpuna kepada citarasa moden dan Malaysia. Mulakan pengalaman gastronomi ini dengan Foie Gras sebagai hidangan pembukaan dengan sentuhan nanas caramel bersama sos balsamic madu kelulut pada foie gras bakar. Diikuti dengan pilihan sup ekor atau sup kacang pis bermusim.

Foie Gras

Untuk sajian utama pula, pengunjung boleh memilih Sous Vide Short Ribs, Salt Baked Senangin ataupun Roasted Stuffed Lamb Roulade yang menyelerakan. Hidangan short ribs dari Australia itu dimasak secara sous vide selama 12 jam bersama salutan lima rempah istimewa, disempurnakan pula dengan kentang panggang serunding, brussel sprout dan lobak merah muda. Manakala, hidangan ikan senangin pula bercitarasa tempatan bersama nasi halba mentega dan sauran panggang penuh aroma.

Sous Vide Short Ribs

Roasted Stuffed Lamb Roulade

Buat peminat sajian kambing, pengunjung juga boleh memiilih Roasted Stuffed Lamb Roulade yang disajikan bersama jus rosmary dan sos pudina yag segar. Pastikan anda menyimpan ruang perut untuk pemanis mulut, Decadent Chocolate Tart. Antara tart coklat terbaik yang kaya dengan krim coklat pekat bersama jem strawberi buatan sendiri dan sentuhan kepingan garam pelengkap.

Decadent Chocolate Tart

Hujung tahun ini, pengunjung boleh mencuba pakej Stay & Dine yang akan merangkumi ruang penginapan berserta seleksi menu pilihan. Menu Festive boleh dinikmati pada 31 Disember 2021 pada harga RM200 seorang di The Chow Kit Kitchen atau juga di PRIVATE @ The Chow Kit. Tempahan boleh dilakukan melalui thechowkit.com/eat-drink atau +60327786688.

 

Foto: The Chow Kit

Baca lebih lanjut: “CABARAN SAYA ADALAH TIDAK JATUH CINTA DENGAN LUCIEN LAVISCOUNT “ – LUCAS BRAVO (GABRIEL) DARIPADA SIRI ‘EMILY IN PARIS’

 

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 LOKASI BERBUKA PUASA TERBAIK RAMADAN INI

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

5 RESTORAN DI KUALA LUMPUR UNTUK MAKAN MALAM ROMANTIK

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut