“CABARAN SAYA ADALAH TIDAK JATUH CINTA DENGAN LUCIEN LAVISCOUNT “ – LUCAS BRAVO (GABRIEL) DARIPADA SIRI ‘EMILY IN PARIS’
GL berpeluang menemu bual dua bintang lelaki utama “Emily in Paris”, Lucas Bravo dan Lucien Laviscount mengenai musim kedua siri Netflix popular yang boleh ditonton bermula 22 Disember 2021.
Siri popular “Emily in Paris” kembali untuk musim kedua. Bersempena dengan pelancaran musim baharu in, GLAM Lelaki berpeluang menemu bual dua bintang lelaki utama, Lucas Bravo yang memainkan watak Gabriel dan juga tarikan terbaharu musim ini, Lucien Laviscount sebagai Alfie. Mereka sempat berkongsi pengalaman di balik tabir penggambaran musim kedua yang boleh mula ditonton pada 22 Disember 2021 secara eksklusif di Netflix.

Cr. Stéphanie Branchu/Netflix © 2021
Ikuti temu bual eksklusif bersama Lucas Bravo dan Lucien Laviscount:
Sebagai pelakon baharu musim ini, kongsikan mengenai watak anda? Apakah yang membuat anda bersetuju untuk berlakon dalam “Emily in Paris”?
Lucien: Saya memegang watak bersama Alfie iaitu seorang lelaki British yang klasik dan suka menyindir. Dia kini bekerja di kota Paris dan hanya mahu mempunya masa yang terbaik. Dia tidak peduli mengenai kota Paris dan mula jatuh cinta dengan Emily.

Cr. Stéphanie Branchu/Netflix © 2021
Soalan kedua itu, terdapat jutaan sebab mengapa saya bersetuju untuk berlakon dalam siri ini. Saya sangat bersyukut diberikan pelung untuk bekerjasama dengan barisan pelakon yang hebat, juga kru penggambaran termasuklah pengarah dan penulis skrip.
Dalam musim kedua ini, penonton dapat melihat perkembangan karakter anda yang lebih matang. Adakah anda melihat persamaan antara diri anda sebenar dan juga Gabriel?

Cr. Stéphanie Branchu/Netflix © 2021
Lucas: Betul, terdapat banyak persamaan antara diri saya dan Gabriel sejak musim pertama lagi. Dia seperti ‘boy next door’ dan saya mahu menyuntik pembaharuan ke dalam karakter ini. Terdapat ribuan karakter ‘boy next door’ sebelum ini tapi saya mahukan sesuatu yang lebih moden. Seorang lelaki moden yang selesa dengan sisi femininnya, lebih terbuka, tidak malu untuk menunjukkan perasaan dan juga tidak terlalu maskulin. Saya boleh melihat sedikit diri saya dalam diri Gabriel, dan itu lah persamaan antara kami.
Ceritakan tentang watak Gabriel dalam musim ini?

Cr. Stéphanie Branchu/Netflix © 2021
Lucas: Musim ini penonton dapat melihat kematangan watak Gabriel. Dia akan mempunyai restoran sendiri dan dapat menguasai perniagaannya sendiri. Sangat menarik kerana akhirnya dia mampu untuk membuat keputusan sendiri dalam kerjayanya. Termasuklah juga drama hubungan percintaannya bersama Emily. Walaupun kini dia melangkah maju ke hadapan dari segi kerjaya, tetapi dia juga berhadapan dengan masalah perhubungan cinta.
Sebagai tarikan terbaharu untuk siri ini, adakah anda sudah bersedia dengan perhatian yang akan diberikan kepada anda nanti?

Cr. Stéphanie Branchu/Netflix © 2021
Lucien: Sudah tentu saya tidak bersedia untuk semua itu. Sejujurnya, saya tidak pernah un terfikir mengenai perkara tersebut. Saya hanya memberikan perhatian kepada kerjaya dan karya saya untuk memastikan lakonan saya bagus dan diterima penonton.
Kongsikan pengalaman anda berpeluang berlakon bersama Lily Collins?

Cr. Stéphanie Branchu/Netflix © 2021
Lucien: Sejujurnya, ia seperti satu mimpi atau dunia yang cukup mengujakan. Dia memberikan aura seorang ‘girlboss’ yang berkuasa. Apabila bersama Lily, anda akan berasa seperti bersama seorang ‘strong woman’ dan tetapi, dia juga mempunya sisi yang penuh kelembutan. Saya berasa selesa dan bebas untuk memainkan watak saya. She’s a leader! Seorang artis yang cukup mengujakan untuk bekerjasama dengan.
Apakah perasaaan anda diberikan peluang kembali untuk musim kedua, dan juga bekerja dalam situasi pandemik?

Cr. Stéphanie Branchu/Netflix © 2021
Lucas: Kembali untuk penggambaran berbanding musim pertama berasa sangat berbeza. Sangat sukar, setiap hari kami akan sentiasa diingatkan untuk memakai pelitup muka dan membuat ujian saringan Covid-19 setiap hari. Kami tidak berpeluang untuk bersosial dan berinteraksi untuk memastikan set penggambaran selamat buat semua. Ianya sangat mencabar. Tetapi apabila rakaman dijalankan, ia sama seperti keadaan penggambaran musim pertama.
Kongsikan cabaran yang anda hadapi ketika penggambaran musim kedua ini?

Cr. Carole Bethuel/Netflix © 2021
Lucas: Antara cabaran utama saya adalah tidak berkawan dengan Lucien. Dia tiba ke set penggambaran dengan penuh energi yang mengagumkan dan membawakan perspektif segar. Energi lelaki British yang suka menyindir yang bertentangan dengan jiwa kota Paris. Sangat seronok seperti mempunyai adik-beradik lelaki di set penggambaran. Terdapat banyak drama dalam siri ini, dan saya selalu berada di antara Emily dan Camille. Dan kini, saya mempunyai English brother yang sangat menyeronokan dan seorang pelakon yang berbakat. Dia membuatkan siri ini lebih bagus. Itulah cabaran utama. Cabaran saya adalah supaya tidak jatuh cinta dengan Lucien!
Apakah adegan kegemaran anda dalam musim kedua ini?

Cr. Stéphanie Branchu/Netflix © 2021
Lucien: Adegan kegemaran saya adalah rakaman yang terakhir saya rlakukan untuk siri ini. Saya dan Lucas banyak berborak mengenai bola sepak, dan kami berpeluang untuk bermain bola sepak pada hari penggambaran terakhir saya. Penggambaran dilakukan di sebuah padangan bola yang berlatarkan Menara Eiffel dan ianya sangat indah. Saya berasa sangat overwhelmed kerana ia adalah hari terakhir saya. Kita melakukannya penuh bergaya bukan?

Cr. Stéphanie Branchu/Netflix © 2021
Lucas: Betul, ia kelihatan sangat bergaya!
Musim kedua siri popular “Emily in Paris” sudah boleh disaksikan bermula 22 Disember 2021 secara eksklusif melalui Netflix.
Foto: Netflix Malaysia
Baca lebih lanjut: 5 DESTINASI UNTUK ANDA TEROKAI DI PULAU PINANG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RANCANGAN NETFLIX KOREA “PHYSICAL: 100” CETUS KONTROVERSI, SIAPA YANG PATUT MENANG?
Woo Jin-yong mengalahkan Jung Hae-min dalam rancangan realiti Netflix Korea, "Physical: 100" dengan cara yang sangat kontroversi!
BRAD PITT & INES DE RAMON MENIKMATI PERCUTIAN DI KOTA CINTA
Brad Pitt memanfaatkan sisa bulan cinta dengan menikmati makan malam bersama kekasih hati, Ines de Ramon di Paris.
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
Kenali Adrien Kent. Seorang individu yang memiliki stail yang tersendiri dan berani mencuba. We admire his style!
ALASAN MENGAPA PENN BADGLEY MENOLAK ADEGAN RANJANG DALAM YOU MUSIM KEEMPAT
Selepas kejayaan tiga musim You, Penn Badgley hanya ada satu permintaan untuk terus membintangi musim keempat: Tiada lagi babak seks.
KAPTEN BOLA SEPAK YANG TERSELAMAT DALAM ‘THAI CAVE RESCUE’ MENINGGAL DUNIA
Duangpetch Promthep, kapten kelab bola sepak, Wild Boars yang telah diselamatkan dalam ‘Thai cave rescue’ pada 2018 telah meninggal dunia di United Kingdom.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG TIKTOK, NOAH BECK
Noah Beck mula mencipta nama selepas video-videonya tular ketika pandemik melalui platform media sosial, TikTok.