Skip to content

5 DESTINASI UNTUK ANDA TEROKAI DI PULAU PINANG

Kongsikan artikel ini
1 of 5

Dalam mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan dunia, kempen “Nikmati Pulau Pinang” dilancarkan untuk memacu pelancong domestik dan antarabangsa untuk mengunjungi lokasi yang unik dan tersendiri di Pulau Mutiara.

Pulau Pinang terus menjadi antara destinasi pelancongan utama di Malaysia. Dalam mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan dunia, kempen “Nikmati Pulau Pinang” dilancarkan untuk memacu pelancong domestik dan antarabangsa dengan memperkayakan pengalaman serta lokasi-lokasi yang unik dan tersendiri.

Street Art, Lebuh Ah Quee

Sama ada di pulau mahupun Seberang Perai, kempen “Nikmati Pulau Pinang” mahu mengingatkan pengunjung tentang tarikan luar biasa di seluruh negeri ini. Daripada dua tapak warisan yang ditetapkan oleh UNESCO iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dan Rizab Biosfera UNESCO Bukit Bendera yang baru sahaja diiktiraf, Pulau Pinang juga mempunyai seni jalanan yang unik, makanan tempatan yang menyelerakan, hutan hujan yang berusia 130 juta tahun, dan kepelbagaian landskap semula jadi seperti bukit dan pantai yang menjadikan ia salah satu destinasi paling ikonik di dunia.

Penang National Park

Kali ini, kempen ‘Other Side of the Island, Teluk Bahang and Balik Pulau’ dan ‘Opposite Side of the Island, Seberang Perai’ turut dilancarkan buat pengunjung untuk meneroka destinasi yang mungkin jarang dikunjungi sebelum ini. Berikut adalah 5 destinasi yang perlu anda terokai ketika berada di Pulau Pinang:

 

Kampung Agong

Terdapat banyak tempat-tempat tarikan tersembunyi di Seberang Perai seperti Butterworth Art Walk, Pulau Aman, Taman Rimba Bukit Mertajam, Frog Hill, dan Kampong Agong. Mereka yang gemar merakam gambar Instagram mesti singgah di Kampung Agong. Terletak di Bakar Kapur di Penaga, pokok kelapa, sawah padi, rumah kayu tradisional dan piano, buaian, serta sarang gergasi yang telah tular di media sosial sejak 2018, menjadikannya berbaloi untuk memandu selama sejam dari Pulau Pinang.

1 of 5