Skip to content

CALLING ALL THE MODERN MAN, IT’S FENDINESS!

CALLING ALL THE MODERN MAN, IT’S FENDINESS!

Kongsikan artikel ini

MEMPERKENALKAN FENDINESS, JAJARAN READY TO WEAR & AKSESORI LANSIRAN FENDI YANG BERSIFAT SANTAI DAN SOMETHING FUN.

Direka bentuk untuk ‘man on the move’, moden, FENDI mengusulkan rangkaian Fendiness, barisan beg baharu berpaksi jiwa FENDI sejati. Yang bersifat ringan, santai dan playfulness.  

Kefungsian dan sifat versatil adalah kunci gaya untuk koleksi ini. Setiap beg direka untuk memastikan keselesaan maksimum sambil meningkatkan gaya peribadi. Menghasilkan rangkaian beg bersifat ringan dan praktikal yang akan melambangkan personaliti lelaki FENDI yang dinamik, sama ada berada di kawasan luar atau menetap di bandar. 

Menawarkan beg-beg terhangat musim ini: daripada Baguette Messenger kepada beg galas Fendiness baharu, beraneka bentuk kasual dan mempertaruhkan tiga saiz, besar, kecil dan mini yang dilengkapi dengan tali bahu. 

Barisan Fendiness menerokai penyelesaian yang lebih hijau dan direka dalam Aquafil’s ECONYL®, gentian nilon yang dijana semula seratus peratus. Benang itu terhasil daripada pengumpulan sisa nilon yang sebaliknya akan mencemarkan Bumi dan boleh dikitar semula dan dibentuk semula tanpa menyingkirkan kualitinya. Jaring ikan, sisa fabrik, lantai permaidani dan plastik industri tersirat dalam penciptaan gentian ini, yang pengeluarannya tidak melibatkan eksploitasi mana-mana bahan asli. 

Khusus koleksi Fendiness, warna kuning FENDI yang ikonik kepada hitam klasik dan biru kobalt pop, lalu mencadangkan paduan warna blok yang cool. Tiap aksesori diperkasakan lagi dengan butiran yang mewah, lambang kepada penampilan yang sangat moden. 

Reka bentuk dan perincian seperti gancu logam yang menampilkan logo F berganda pada beg galas Fendiness-hadir dalam warna perak atau hitam. Atau hiasan ‘tonal’ yang lebih halus dalam kulit Cuoio Romano. 

Artikel berkaitan: WAJAH BAHARU ZEGNA, INJEKSI PENJENAMAAN YANG MODEN

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut
KIT WOO KLFW 2026: EKSPLORASI FALSAFAH "NOTHING IS FINISHED"

KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA

Bacaan Lanjut
BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Bacaan Lanjut