Skip to content

HIMPUNAN TAHUN BARU LUNAR DIOR & KENNY SCHARF PILIHAN GLAM LELAKI

HIMPUNAN TAHUN BARU LUNAR DIOR & KENNY SCHARF PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

SUDAH SIAPKAH ANDA MENYAMBUT PERAYAAN TAHUN BARU? DIOR & KENNY SCHARF HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL YANG ISTIMEWA DENGAN SEMANGAT TAHUN HARIMAU.

Dior siap menyambut musim perayaan dengan koleksi terbaru! Menghadirkan opsyen pakaian ready-to-wear serta seleksi aksesori dengan semangat perayaan tahun Lunar, menyampaikan harapan baru, perspektif segar, dan idea gaya untuk berpesta setelah semuanya berupaya keluar lagi. Menyambut tahun baru bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Dialog dan idea kreatif antara Kim Jones dan Kenny Scharf yang tercetus sejak penghasilan koleksi Dior musim luruh 2021, diteruskan malah diperkasakan dengan koleksi terbaharu ini dedikasi tahun baru Lunar. Campuran bersama zodiak Cina, yang mana tahun 2022 merupakan tahun harimau. Artis Amerika tersebut mengolah lakaran the Water Tiger dengan mendefinisikan kepositifan, koleksi yang bertenaga, ada elemen gembira dan nyaman. 

Motif pilihan Dior dan Kenny Scharf  diubah menjadi cetakan, sulaman dan lencana yang terdapat pada helaian baju, helaian kait, seluar denim dan jaket. Setiap rekaan ditata ulang dengan rona biru, putih dan merah-warna bertuah yang menjadi kepercayaan dalam budaya Cina. Menciptakan opsyen gaya yang dinamik dan efek seni pada setiap rekaan menambah karakter. 

Aksesorinya berani dan beraksen dengan warna elegan, sulaman, kancing kontras, dan tas bahu dengan bentuk yang terinspirasi dari gaya kesukanan. Sniker B27 hadir dalam kemasan kulit warna kelabu. Tas Dior Lingot 22 dan Dior Lock menawarkan tampilan chic dan moden pada padu padan anda.  

#Dior

Artikel berkaitan: CALLING ALL THE MODERN MAN, IT’S FENDINESS!

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAGAIMANA KEJOHANAN PIALA DUNIA FIFA 2026 MEMBERI IMPAK KEPADA TREND FESYEN?

EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
PEMAKAIAN THRIFTED CLOTHES DI KLFW 2026 - WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?

Bacaan Lanjut
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES

GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG

Bacaan Lanjut
5 JENAMA KASUT MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI MODEN SEPANJANG 2026

5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI

Bacaan Lanjut