Skip to content

DUGAAN BERGANDA BUAT JIMIN BTS

DUGAAN BERGANDA BUAT JIMIN BTS

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Baru sebulan memasuki tahun baharu namun ahli kumpulan BTS, Jimin telah pun diuji dengan dua masalah kesihatan.

‘Kehilangan’ Jimin di media sosial selama beberapa hari terjawab apabila agensi pengurusan, BigHit Music mendedahkan bahawa pelantun lagu Serendipity itu dijangkiti Covid-19 dan baru selesai menjalani pembedahan apendisitis akut atau radang apendiks.

“Jimin mengalami sakit perut secara tiba-tiba disertai dengan sakit tekak pada petang 30 Januari. Dia hadir ke hospital untuk pemeriksaan menyeluruh dan mengambil Ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR).

“Jimin disahkan menghidap apendisitis akut dan positif Covid-19 dalam masa yang sama. Dia menjalani pembedahan pada hari berikutnya, 31 Januari atas nasihat doktor,” jelas BigHit Music menerusi satu kenyataan di aplikasi Weverse.

Menurut pegawai perubatan, pembedahan tersebut berjaya dan penyanyi itu kini sedang dalam proses pemulihan.

1 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA

KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA

Bacaan Lanjut

ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU

Bacaan Lanjut
JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU

JIN BTS DILANTIK SEBAGAI DUTA GLOBAL GUCCI BAHARU

Bacaan Lanjut
must watch December 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?

Bacaan Lanjut