Skip to content

HAHA DAN TIGA LAGI BINTANG RUNNING MAN POSITIF COVID-19

HAHA DAN TIGA LAGI BINTANG RUNNING MAN POSITIF COVID-19

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Satu khabar duka buat peminat Running Man apabila empat bintang rancangan popular itu dijangkiti Covid-19.

Segalanya bermula apabila agensi Turbo JK Entertainment mendedahkan penyanyi dan bintang Running Man, Kim Jong Kook mengalami selesema ringan sebelum membuat ujian menggunakan kit kendiri Khamis lalu.

“Kami ingin memaklumkan bahawa Kim Jong Kook disahkan positif Covid-19 hari ini (10 Februari). Dia mengalami gejala ringan lalu membuat ujian kendiri semalam, sebelum melakukan ujian PCR dan rasmi positif.

“Kim Jong Kook telah mengambil dua suntikan vaksin dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang teruk. Dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari.”

Seorang lagi bintang Running Man, Yang Se Chan turut disahkan positif Covid-19 pada hari yang sama. Sama seperti pelantun lagu Loveable itu, Yang Se Chan telah menerima dua dos vaksin dan tidak mengalami sebarang gejala membimbangkan.

Menurut agensinya, SM C&C, dia menjalani ujian PCR buat kali pertama namun disahkan negatif. Keputusan menjadi positif setelah dia melakukan ujian saringan kali kedua pada keesokan hari.

1 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA

KEHIDUPAN SONG JOONG KI DISERIKAN DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut
CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

CHRISTINNA KUAN, HUN HAQEEM & GUESS

Bacaan Lanjut
PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

PELAKON KOREA SELATAN, JUNGJAE LEE UNTUK GUCCI VALIGERIA

Bacaan Lanjut
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
3 KOLEKSI BARU KHAS ‘SUMMER FASHION’ MESTI TAHU

3 KOLEKSI FESYEN BARU KHAS ‘SUMMER FASHION’ MESTI TAHU

Bacaan Lanjut