#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
DI PERTUNJUKAN FESYEN KALI INI, PENGARAH KREATIF STUART VEVERS MENYAJIKAN KOLEKSI YANG PENUH DENGAN JUKSTAPOSISI ANTARA DUA ASPEK YANG BERBEZA, PRETTY AND TOUGH. JENNIFER LOPEZ HADIR BUAT JULUNG KALINYA, BERSAMA LIL NAS X, YOUNGJI LI DAN RAMAI LAGI.

Benny Medina, Edward Enninful, Jennifer Lopez, Anna Wintour, Virginia Smith
Coach musim bunga 2024 dianjurkan pada hari pertama Minggu Fesyen New York. New York Public Library diterangi dengan kemewahan dan glamor pada 7 September apabila bintang-bintang antarabangsa tiba dengan penuh semangat untuk menyaksikan koleksi musim bunga 2024 Coach.
Bukan sekadar pertunjukan fesyen biasa, malam itu juga meraikan tahun ke-10 pengarah kreatif Stuart Vevers memegang jawatan tersebut di Coach.
Sedekad Stuart Vevers di Coach
Antara highlight pada malam itu adalah kehadiran duta-duta Coach, yang turut memiliki bakat luar biasa termasuk Jennifer Lopez, Lee Youngji, Camila Mendes dan Lil Nas menghiasi barisan ‘front row. Kemunculan Jennifer Lopez ternyata mencetus fenomena tersendiri, yang mana Lopez tampil dalam rekaan dan aksesori Coach. Dan duduk bersebelahan Anna Wintour.
Kehadiran tetamu dari negara-negara Asia juga mencetus elemen surprise. Antara yang hadir ialah Naomi Watanabe dari Jepun, Yoo Taeyang dari Korea Selatan, Angga dari Indonesia, Glenn Yong dan Carrie Wong dari Singapura, Blue Pongtiwat dan Nychaa dari Thailand.
Di sisi lain turut menyaksikan kehadiran dua bintang dari Malaysia, Alvin Chong dan Christinna Kuan yang memenuhi kerusi barisan VIP.
Musim ini adalah mengenai mencipta ikon baharu yang menggabungkan identiti jenama dengan kod gaya dengan semangat muda, menghasilkan gabungan nostalgia dan gaya kontemporari yang menawan, menjadikan visi yang seiring ulang tahun ke-10 pengarah kreatif, Stuart Vevers dengan Coach.

Zhang Xincheng, Kōji Seto, Isyana Sarasvati, Angga, Carrie Wong, Glenn Yong & Alvin Chong
Interpretasi muda mengevolusi pada rekaan Coach musim bunga 2024, sekaligus memperkenalkan siluet tailoring dalam material asli yang diimaginasikan semula dengan sifat kontra-budaya muda. Dan kecintaan pada pakaian vintaj. Suguhan koleksi kali ini memperlihatkan visi urban dan kaya ekspresi.
Secara keseluruhan koleksi ini sarat dengan rekaan yang dapat di mix dan match dengan mudah. Sentuhan cool Stuart Vevers yang dapat kita lihat pada pelbagai elemen di koleksi ini memberikan alternatif ke gaya cool yang tidak melulu harus sempurna. Karakter kulit Coach yang tetap bersinar dan koleksi begnya yang dibuat penuh dengan motif unik yang terlihat cool dan ada karakter ketika dilihat secara individual.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!
Lihatkan sorotan personaliti yang turut hadir ke konsert After Hours Til Dawn KL sebagai starboy dan stargirl!
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.













