Skip to content

BLACKPINK PINTAS KEJAYAAN JUSTIN BIEBER DAN BAD BUNNY

BLACKPINK PINTAS KEJAYAAN JUSTIN BIEBER DAN BAD BUNNY

Kongsikan artikel ini

Blackpink yang menggondol trofi Best Choreography di MTV VMA baru-baru ini sekali lagi melakar sejarah dengan muzik dan bakat dimiliki.

Sejak menceburi industri hiburan lapan tahun lalu, Blackpink tidak henti-henti meraih pencapaian membanggakan. Kini kumpulan K-Pop tersohor itu mencipta rekod baru dengan menjadi artis muzik pertama mencapai kejayaan luar biasa di YouTube.

Blackpink

Foto: Rolling Stone

Blackpink menjadi saluran pertama yang memperoleh sebanyak 33 juta bilion tontonan di platform perkongsian video popular itu. Dengan kejayaan ini, mereka menewaskan Justin Bieber, Bad Bunny, Taylor Swift, Ed Sheeran, Shakira dan ramai lagi nama besar dalam industri.

Pelantun lagu Pink Venom ini menjadi satu-satunya artis K-Pop yang disenaraikan dalam 10 teratas. Sekali gus membuktikan bahawa muzik mereka menjadi kegilaan peminat dari seluruh dunia.

Lagi Pencapaian Blackpink Di YouTube

Mendominasi senario YouTube, kumpulan dianggotai Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose ini juga bergelar artis muzik pertama yang meraih lebih 90 juta pengikut. Saluran mereka dilancarkan pada 2016 dan kejayaan ini dicapai dalam masa tujuh tahun satu bulan.

Lima perkongsian termasuk satu video latihan tarian dan empat video muzik mereka memperoleh lebih 1.3 bilion strim. As If It’s Your Last adalah yang terkini mencapai kejayaan itu.

DDU-DU DDU-DU juga mempunyai impak besar dalam sejarah YouTube. Ia merupakan salah satu lagu paling diminati di kalangan pendengar muzik K-pop.

Lagu tersebut meraih lebih 2 bilion strim di YouTube sekali gus menjadikan Blackpink artis K-pop wanita pertama, artis K-Pop kedua selepas PSY, dan kumpulan K-pop pertama memegang gelaran ini.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: BLACKPINK UMUM TARIKH PELANCARAN ALBUM BORN PINK & KONSERT DI KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI

Bacaan Lanjut

LOCAL BEAUTY: 5 JENAMA SKINCARE MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut

NAZIFI NASRI: MINIMALIS, MODERN, & MADE IN MALAYSIA

Bacaan Lanjut
MEN'S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN 'FRONT ROW'

MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’

Bacaan Lanjut