Skip to content

SUPERSUNDAY BUKTIKAN MASIH BERBISA DI KLFW2023

Kongsikan artikel ini

Jenama streetwear tempatan, SUPERSUNDAY mempersembahkan koleksi ‘The Runway’ yang turut sama memperkenalkan Raffiq Corbin sebagai Pengarah Kreatif Bersama baharu.

Berlokasi di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, SUPERSUNDAY telah mempersembahkan sebuah pertunjukan fesyen 27 persalinan yang dinamakan “The Runway”. Sebagai salah satu nama besar di dalam dunia fesyen streetwear di Malaysia, SUPERSUNDAY turut memperkenalkan Pengarah Kreatif Bersama yang baharu, Raffiq Corbin.

supersunday

Pementasan tersebut telah diadakan di bawah anjuran Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23). Ia menyaksikan Raffiq Corbin diberikan tanggungjawab kreatif penuh untuk menggalas amanah sebagai Pengarah Kreatif bersama Pengasas serta Pengarah Kreatif SUPERSUNDAY, Zulkifli Salleh. Zulkifli Salleh juga lebih dikenali sebagai Bob.

Berusia 28 tahun dan berasal dari Taman Melati, Kuala Lumpur, Raffiq telah bekerja dengan SUPERSUNDAY sejak Mac 2020. Dia amat meminati gaya fesyen jalanan dan juga merupakan seorang rapper dan penari hip hop yang amat mengambil berat tentang perkembangan industri fesyen di Malaysia serta di luar negara.

 

“The Runway” Oleh SUPERSUNDAY di KLFW2023

Koleksi “The Runway” adalah bukti minatnya terhadap budaya seni jalanan dan komuniti kreatif dengan idea-idea yang menginspirasikan pelbagai bentuk perubahan dalam industri fesyen dunia. “Pada pendapat saya, fesyen yang tidak dapat mengisi kehendak umum di jalanan terutamanya, mungkin tidak dapat memberikan emosi yang sepatutnya. Cara kita berpakaian merupakan satu cara berhubung dan berkomunikasi. Setiap kali kami lihat sesiapa saja menyarung helaian SUPERSUNDAY di jalanan bukan sahaja di Malaysia malah dinegara lain juga, mengasimilasikan gaya mereka dengan kehidupan harian, ia begitu membanggakan,” kata Raffiq.

Koleksi terbaharu SUPERSUNDAY ini  mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Sepertimana biasa, koleksi ini menyaksikan kolaborasi di antara SUPERSUNDAY bersama dua jenama lain. Mereka juga mempunyai kelompok peminat yang besar iaitu platform e-sports MPL/Mobile Legends dan jenama pakaian lelaki atau menswear tempatan, Meg KL.

supersunday

Walaupun Rafiq diberikan tugas utama dalam penghasilan koleksi kali ini. Bob sering memberikan nasihat dan berkongsi tip-tip penting dari pengalamannya sejak terlibat dalam industri fesyen negara demi memastikan koleksi ini dapat disiapkan bagi tujuan KLFW.

Menurut Bob, “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Raffiq atas perlantikan sebagai Pengarah Kreatif Bersama bagi koleksi SUPERSUNDAY kali ini. Dan juga seterusnya, InsyaAllah. Sebagai peminat tegar jenama ini, Raffiq bukan sahaja pekerja yang amat mengambil berat tentang reputasi jenama. Malah bertindak sebagai jurucakap bagi kami di situasi ketiadaan saya. Walaupun masih muda, dia mempunyai pelbagai idea dan berpengetahuan luas tentang dunia fesyen, bukan sahaja fesyen jalanan. Hubungan rapat Rafiq dengan komuniti muzik hip hop dan cabang seni lain juga menjadikan dia sebagai calon akurat untuk memegang tanggungjawab besar ini. Melihat kepada pertunjukan The Runway sebentar tadi dan sambutan yang diterima, saya rasa pilihan yang dibuat SUPERSUNDAY tepat sekali”.

superSunday

Bercerita tentang koleksi “The Runway”, Raffiq menjelaskan, “Saya bereksperimen dengan elemen rekaan yang baharu bagi SUPERSUNDAY. Seterusnya mencabar norma-norma fesyen jalanan yang seringkali dilihat. Terdapat persalinan yang lebih ‘fitted’ dan memberikan pemakai kebebasan untuk menggayakan persalinan mereka dari kasual ke situasi lebih formal. Dari segi warna serta inovasi produk juga terdapat beberapa kelainan. Seperti penggunaan aksesori pertahanan diri yang sering dilihat dalam sukan seni martial. Saya ingin memberikan ruang kepada audiens kami untuk lebih berinspirasi dengan koleksi ini”.

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa koleksi ini sudah boleh dibeli bertepatan dengan konsep ‘dari pentas peragaan terus ke jalanan’. Selain itu, sebagai salah satu strategi pemasaran jenama, kami sedang dalam proses meningkatkan lagi pengaruh jenama di platforn digital. Samada mainstream ataupun alternatif. Ini amat penting untuk memastikan agar SUPERSUNDAY kekal relevan dan terus menghasilkan koleksi-koleksi hebat di masa akan datang”, kata Raffiq mengakhiri bicara.

 

Baca lebih lanjut: JENAMA STREETWEAR SETIAP LELAKI PERLU TAHU

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut

JENAMA STREETWEAR SETIAP LELAKI PERLU TAHU

Bacaan Lanjut

TEMU BUAL BERSAMA PENGASAS KUALA LUMPUR FASHION WEEK, ANDREW TAN

Bacaan Lanjut

CARHATT WIP & AWAKE NY BERSATU KEMBALI

Bacaan Lanjut

PESTLE & MORTAR CLOTHING BUKA STOR FLAGSHIP TERBAHARU DI APW BANGSAR

Bacaan Lanjut

DINAMIK ‘SUNDAY BOIS’ OLEH JENAMA STREETWEAR NOMBOR 1 MALAYSIA, SUPER SUNDAY

Bacaan Lanjut