Skip to content

TEMU BUAL BERSAMA PENGASAS KUALA LUMPUR FASHION WEEK, ANDREW TAN

Kongsikan artikel ini

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) bakal berlangsung bermula 21-27 Ogos 2023 di tujuh lokasi yang berbeza dengan 50 pereka dan label fesyen tempatan dan antarabangsa.

Dalam meraikan bakat fesyen Malaysia, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) akan kembali buat kali ke-11 tahun ini dengan pengalaman yang berbeza dan luar dari kebiasaan. Bakal diadakan bermula 21 hingga 27 Ogos 2023, acara tahun ini akan diadakan di tujuh lokasi berbeza untuk setiap hari. Tahun ini juga akan menyaksikan lebih 50 pereka dan label fesyen tempatan dan juga antarabangsa.

klfw

GLAM Lelaki memenu bual Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara yang dinanti-nantikan untuk edisi kali ini:

1. Tahun ini, KLFW akan meraikan ulang tahun ke-11. Boleh anda kongsi mengenai format baharu tahun ini dan apakah yang boleh dijangkakan oleh tetamu nanti?

Untuk ulang tahun ke-11 ini, tetamu akan disajikan dengan pengalaman, pementasan serta keterujaan yang berbeza. Ini disebabkan oleh kelainan pada jadual, pentas peragaan serta ruang pementasan yang akan disegarkan setiap hari selama seminggu. Format baharu untuk bertujuan untuk memberikan tetamu berasa lebih dekat pada cara dipersembahkan dan lebih eksperimental serta bermakna kepada pereka fesyen dan tetamu mereka.

 

2. Sejak 10 edisi yang lepas, Pavilion KL telah menjadi lokasi rasmi untuk KLFW. Dan tahun ini, KLFW akan diadakan di lokasi yang berbeza stiap hari. Bagaimana idea ini boleh muncul?

Untuk 10 tahun yang lalu, KLFW telah menjadi sebuah acara yang sensasi yang sangat diraikan oleh peminat fesyen. Dan walaupun kami sangat bersyukur atas segala sokongan yang diberikan, saya mahu memberikan semula fokus kepada pereka fesyen, kreativiti dan membawa fesyen ke hadapan. Melalui refleksi ini kami menghasilkan idea untuk lokasi acara dan pengalaman yang berbeza. Satu cara untuk meraikan Fashionably KL. Kami juga mahu memastikan ianya segar dan menarik serta meneruskan usaha untuk melintasi sempadan dalam sokongan kepada bakat tempatan.

 

3. Boleh anda kongsikan mengenai seleksi pereka fesyen pada edisi tahun ini? Bagaimana proses pemilihan dijalankan dan berapa pereka fesyen baharu kali ini?

Proses pemilihan berdasarkan peraturan stail ‘unspoken’ oleh KLFW. Semangat kreatif yang disulami dengan nilai komersial dan nilai pereka fesyen itu melalui inovasi dan kreativiti. The result is truly a treat for Fashion Consumers.

Selain daripada nama-nama besar fesyen tempatan, KLFW 2023 akan membawakan tujuh pereka fesyen baharu dan memperkenalkan segmen baharu kepada jadual tahun ini. Kami juga sangat teruja dengan comeback yang dinanti-nantikan oleh Fairuz Ramdan, Andy Sulaiman, Ezzati Amira, ZaimiZulkafli dan Supercrew yang bakal kembali mengegarkan pentas tahun ini.

 

klfw

4. Tahun ini, KLFW akan menjempur lapan pereka MODA ke dalam senarai pereka. Boleh anda kongsikan mengenai kolaborasi bersama MODA?

Kolaborasi ini sudah mengambil masa yang lama untuk terjadi. Saya sangat teruja dengan ahli MODA yang berhubung bersama kami dan membuat ia menjadi kenyataan. Denagn perubahan kepada pengurusan tertinggi pada MODA, saya pasti mereka akan mempunyai masa depan yang cerah dengan perhubungan dan peluang kolaborasi yang baharu.

Pentas pembukaan KLFW 2023 akan dirasmikan oleh lapan pereka fesyen Malaysian Official Designers’ Association (MODA) untuk meraikan lembaran baharu organisasi ini.

 

5. Kongsikan mengenai segmen “Design To Sustain” dan apakah pandangan anda mengenai kelestarian fesyen ini Malaysia?

“Design To Sustain” adalah segmen yang dipersembahkan oleh tiga pemenang daripada Samsung presented KL10 Designer Search 2022. Julia Wey, Uzair Shold dan Lurazah’s Raunna akan mementaskan koleksi penuh setiap seorang, dan sebahagian daripada desain mereka dijual di Isetan The Japan Store Kuala Lumpur secara terhad.

Kelestarian dalam fesyen ini sebuah persoalan yang besar. Jika kami berbicara mengenai aspek 360 darjah secara keseluruhan, kami melihat pada Sustainable Materials, Ethical Manufacturing, Water and Energy Conservation, Eco-Friendly Dyeing and Printing, Transparency and Certification, Vegan and Cruelty-Free Fashion… Pada waktu ini, kami berpuas hari dengan Slow Fashion apabila pengguna membeli pakaian sedia pakai yang lebih personal, item yang dihasilkan secara lokal dan circular economy yang menjadi sebahagian daripada fesyen. Antaranya program kitar semula melalui Partner Life Line Clothing Malaysia (LLCM), inisiatif pengambilan semula pakaian, dan kitar tinggi yang memanjangkan jangka hayat pakaian seperti Trash to Cash.

 

klfw 2023

6. Selaku pengasas kepada KLFW, boleh anda kongsikan momen-momen yang paling diingati sepanjang tahun-tahun lepas?

Ziana Zain Mic drop – momen yang tidak akan berlaku setiap hari!

 

7. Fesyen lelaki kini memainkan peranan yang penting dalam KLFW dan industri fesyen secara am. Boleh anda kongsikan mengenai perkara ini?

Lelaki kini semakin bijak mengenai fesyen. Dengan pengaruh liberalism, lelaki lebih terbuka untuk bereksperimen dengan fesyen. Dan ia telah meningkatkan tarikan kepada pereka untuk menghasilkan lebih banyak koleksi – simple economics!

 

Andrew tan

8. Apakah harapan anda untuk KLFW 2023 dan tahun-tahun hadapan?

I take it a year at a time. Sudah tentu saya mahu KLFW diteruskan kerana KLFW telah menghasilkan impak positif sepanjang 10 tahun. Peluang hadir dan apabila satu pintu tertutup – satu lagi pintu akan terbuka. Oleh itu tiada siapa akan tahu apakah evolusi KLFW pada masa akan datang.

 

Foto: Kuala Lumpur Fashion Week

Baca lebih lanjut: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OGOS 2023

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
12 PERSALINAN SELEBRITI TERBAIK REKAAN PIERPAOLO PICCIOLI

12 PERSALINAN SELEBRITI TERBAIK REKAAN PIERPAOLO PICCIOLI

Bacaan Lanjut
JOVIAN MANDAGIE & NINA SABRINA UMUM PERCERAIAN SELEPAS 10 TAHUN

JOVIAN MANDAGIE & NINA SABRINA UMUM PERCERAIAN SELEPAS 10 TAHUN

Bacaan Lanjut
PENGARAH KREATIF MOSCHINO, DAVIDE RENNE MENINGGAL DUNIA PADA USIA 46 TAHUN

PENGARAH KREATIF MOSCHINO, DAVIDE RENNE MENINGGAL DUNIA PADA USIA 46 TAHUN

Bacaan Lanjut

SUPERSUNDAY BUKTIKAN MASIH BERBISA DI KLFW2023

Bacaan Lanjut

RECAP STAIL PERIBADI SELEBRITI LELAKI DI KLFW 2023

Bacaan Lanjut