15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OGOS 2023
Dari siri Manga “One Piece” kepada siri “Star Wars: Ahsoka” terbaharu serta dokumetari Kpop, “NCT 127: The Lost Boys”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Ogos 2023.
Bulan ini, laman penstriman seperti Netflix, HBO GO dan Disney+ Hotstar bakal melancarkan pelbagai siri, filem, dokumentari dan rancangan realiti baharu buat peminat televisyen di Malaysia. Dari siri Manga “One Piece” kepada siri “Star Wars: Ahsoka” terbaharu serta dokumetari Kpop, “NCT 127: The Lost Boys”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Ogos 2023.

One Piece – Cr. Casey Crafford/Netflix © 2023
Berikut adalah 15 rancangan baharu yang ‘must watch’ sepanjang bulan Ogos ini:
Zombieverse (Netflix)
Tarikh tayangan: 8 Ogos 2023
Pelakon: Lee Si-young, Ro Hong-chul, Park Na-rae, DinDin, Kim Cheol, Fukutomi Tsuki, Yoo Hee-kwan, Yiombi Jonathan, Yiombi Patricia, Kkwachu Hyung. Dex dan ramai lagi.
Sinopsis: Virus zombi sedang merebak di kot Seoul, Korea Selatan. Siapakah yang mampu untuk melawan serangan zombi untuk meneruskan kehidupan selepas ini?
Baca lebih lanjut: 10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2023
Star Wars: Ahsoka (Disney+ Hotstar)
Tarikh tayangan: 23 Ogos 2023

©2022 Lucasfilm Ltd. & TM. All Rights Reserved.
Pelakon: Rosario Dawson, Natasha Liu Bordizzo, Mary Elizabeth Winstead, Ray Stevenson, Ivanna Sakhno, Diana Lee Inosanto, David Tennant, Lars Mikkelsen and Eman Esfandi
Sinopsis: Lucasfilm melancarkan siri original terbaharu yang mengikuti watak Jedi Knight Ahsoka Tano. Diterajui oleh Rosario Dawson sebagai Ahsoka, siri “Star Wars: Ahsoka” akan berlatarkan galaksi selepas kejatuhan Empire dan penyiasatan kebangkitan ancaman kepada dunia yang masih tidak stabil. Siri terbaharu ini akan dilancarkan dengan dua episod pertama pada 28 Ogos 2023.
Baca lebih lanjut: 10 FAKTA MENARIK AKSI DI BALIK TABIR FILEM ‘EXTRACTION 2’ LAKONAN CHRIS HEMSWORTH [SPOILER ELERT]
38 at the Garden (HBO GO)
Tarikh tayangan: 7 Ogos 2023
Sinopsis: Saksikan keajaiban Jeremy Lin ketika musim kejohanan 2012 bersama New York Knicks yang telah menjadi fenomena. Bekas graduan Harward itu telah menjaringkan 38 mata di Madison Square Garden ketika menentang Los Angeles Lakers yang menghidupkan kegilaan “Linsanity”. Dokumentari ini mengisahkan tentang momen penuh fenomena Lin yang telah memberikan impak di seluruh dunia.
Baca lebih lanjut: ‘THE PRETTIEST CINEMA IN TOWN’ – GSC LALAPORT BBCC BAKAL DIBUKA 1 OGOS
Heart of Stone (Netflix)
Tarikh tayangan: 11 Ogos 2023

Cr. Robert Viglasky/Netflix © 2023.
Pelakon: Gal Gadot, Jamie Dornan & Alia Bhatt
Sinopsis: Rachel Stone lakonan Gal Gadot, merupakan seorang agen perisikan antarabangsa memulakan misi berbahaya untuk melindungi MacGuffin yang dikenali sebagai “The Heart”. Dia ditugaskan oleh operasi menjaga keamanan yang dikenali sebagai Charter untuk melindungi objek itu daripada diambil oleh musuh.
Baca lebih lanjut: 5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI SNEAKER IKONIK, ADIDAS SUPERSTAR
Moving (Disney+ Hotstar)
Tarikh tayangan: 9 Ogos 2023
Pelakon: Ryu Seung-ryong, Han Hyo-joo, Zo In-sung, Lee Jung-ha, Go Youn-jung and Kim Do-hoon
Sinopsis: Berdasarkan webtoon oleh Kang Full, siri ini merupakan sebuah drama dengan kuasa supernatural. Ia mengikuti tiga remaja persekolahan dan ibu-bapa masing-masing yang menjumpai kuasa mereka.
Baca lebih lanjut: 5 SOALAN BERSAMA SAM HARGRAVE, PENGARAH FILEM ‘EXTRACTION 2’ [SPOILER ALERT]
Babylon (HBO GO)
Tarikh tayangan: 5 Ogos 2023
Pelakon: Brad Pitt, Margot Robbie, Diego Calva, Jean Smart, Jovan Adepo dan Li Jun Li.
Sinopsis: Kisah mengenai impian, ia mengikuti jatuh bangun beberapa karakter ketika era perubahan dan permulaan industri perfileman Holllywood.
Baca lebih lanjut: TEROKAI PERCUTIAN ‘JIM THOMPSON MYSTERY WEEKEND’ DI CAMERON HIGHLANDS RESORT
Sumpahan Syaitan (Netflix)
Tarikh tayangan: 2 Ogos 2023
Pelakon: Farid Kamil, Dato AC Mizal, Dato Jalaluddin Hassan, Saiful Apek, Nynaa Harizal, Azlee Senario, Saiful Zero, Yasin Senario dan ramai lagi.
Sinopsis: Melarikan diri daripada peminjam wang yang ganas, seorang ahli perniagaan terpaksa menyorok di sebuah hotel milik rakannya. Tetapi dia telah membongkar sesuatu rahsia yang membunuh.
Baca lebih lanjut: RASAI PENGALAMAN KEMBARA MESRA MUSLIM DI WESTERN AUSTRALIA
Guardians Of The Galaxy: Vol. 3 (Disney+ Hotstar)
Tarikh tayangan: 2 Ogos 2023

Photo by Jessica Miglio. © 2023 MARVEL.
Pelakon: Chris Pratt, Zoe Saldaña, Dave Bautista, Karen Gillan, Pom Klementieff, Vin Diesel, Bradley Cooper, Will Poulter, Sean Gunn, Chukwudi Iwuji, Linda Cardellini, Nathan Fillion, dan Sylvester Stallone.
Sinopsis: Filem Marvel Cinematic Universe ini kembali untuk siri ketiga, yang akan menyaksikan Guardians memulakan pengembaraan untuk melindungi Rocket. Ketika baharu memulakan kehidupan di Knowhere, beberapa kisah silam Rocket mula muncul. Untuk melindungi Rocket, Peter Quill perlu mengetuai misi yang berbahaya kepada pasukan mereka.
Baca lebih lanjut: 5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG NICK FURY, WATAK IKONIK MARVEL LAKONAN SAMUEL L. JACKSON
Halloween Ends (HBO GO)
Tarikh tayangan: 12 Ogos 2023
Pelakon: Jamie Lee Curtis, Andi Matichak, Rohan Campbell, Will Patton, Kyle Richards dan James Jude Courtney.
Sinopsis: Francais ikonik “Holloween” ini tiba ke penghujung dengan Laurie Strode berhadapan dengan Michael Myers buat kali terakhirnya. Tetapi, hanya seorang sahaja yang akan terselamat.
Baca lebih lanjut: 15 SELEBRITI LELAKI PALING BERGAYA DI WIMBLEDON 2023
One Piece (Netflix)
Tarikh tayangan: 31 Ogos 2023

Cr. Courtesy of Netflix © 2023
Pelakon: Iñaki Godoy, Mackenyu, Emily Rudd, Jacob Romero Gibson, dan Taz Skylar.
Sinopsis: Dengan topi jerami dan krunya, seorang lanun muda Monkey D. Luffy memulakan pengembaraan yang epik untuk mencari harta karun. Siri ini berdasarkan manga popular oleh Eiichiro Oda.
Baca lebih lanjut: KOLABORASI CASETIFY DAN MARVEL UNTUK KOLEKSI AKSESORI GAJET SPIDER-MAN
Only Murders in the Building – Season 3 (Disney+ Hostar)
Tarikh tayangan: 9 Ogos 2023

(Photo by: Patrick Harbron/Hulu)
Pelakon: Steve Martin, Martin Short dan Selena Gomez
Sinopsis: Siri popular ini mengikuti tiga orang yang berkongsi obsesi mengenai kes jenayah. Dan kini mereka pula terjebak dalam kes pembunuhan yang berlaku di apartment eksklusif mereka di Upper West Side. Mereka mengesyaki siapa pembunuh dan menggunakan ilmu yang ada untuk menyiasat kes pembunuhan tersebut. Tetapi mereka juga membongkar rahsia yang kompleks mengenai bangunan apartment mereka.
Baca lebih lanjut: TEROKAI DUNIA ‘ASTEROID CITY’ OLEH WES ANDERSON DI AIRBNB
Khun Pan 3 (HBO GO)
Tarikh tayangan: 4 Ogos 2023
Pelakon: Ananda Everingham, Mario Maurer dan Phakin Khamwilaisak (Tono).
Sinopsis: Kisah epik ini mengisahkan tentang pertarungan antara kebaikan dan kejahatan berlatarkan Thailand sekitar 1950an selepas Perang Dunia Kedua. Antara ahli politik perasuah, perompak sihir serta general askar yang berebut kuasa untuk menguasai negara, terdapat seorang lelaki yang menjadi pusat kepada kesemuanya.
Baca lebih lanjut: 10 FAKTA MENARIK TENTANG ZAKAR TIDAK SEMUA LELAKI TAHU
Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior (Netflix)
Tarikh tayangan: 11 Ogos 2023
Pelakon: Langgi Datuk Kanang, Adi Putra, Aidil Aziz, Zachery Francis, Livonia Ricky Guing, Jerrica Lai, Johan As’ari, Sofian Bujang, Jay Iswazir dan ramai lagi
Sinopsis: Seorang pemburu Iban yang berbakat menyertai tentera British untuk melawan kebangkitan komunis. Pengorbanan ini telah mengangkatnya sebagai seorang hero Malaysia yang paling berani.
Baca lebih lanjut: 5 FAKTA MENGENAI KASUT ADIDAS SAMBA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU
NCT 127: The Lost Boys (Disney+ Hotstar)
Tarikh tayangan: 30 Ogos 2023
Sinopsis: Dokumentari empat-episod ini mengikuti kumpulan Kpop, NCT 127 ketika mereka “take time to pause” dan merefleksikan kejayaan mereka. Kumpulan ini dianggotai oleh sembilan ahli iaitu Taeil, Johnny, Taeyong, Yuta, Doyoung, Jaehyun, Jungwoo, Mark dan Haechan.
Baca lebih lanjut: MUU BANGKOK HOTEL – DESTINASI PERCUTIAN MEWAH PALING COOL DI BANGKOK
MarkKim + Chef (HBO GO)
Tarikh tayangan: 18 Ogos 2023
Sinopsis: Ikuti pengembaraan kulinari bersama pasangan juga bintang Thai, Mark Prin Suparat dan Kimberley Anne Woltemas. Mark dan Kim yang bakal berkahwin belajar memasak untuk satu sama lain bersama barisan cef selebriti popular Thailand.
Baca lebih lanjut: 10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2023
Foto: Netflix Malaysia, Disney+ Hotstar & HBO Asia
Tags
Artikel Yang Berkaitan
4 SELEBRITI YANG PERNAH DUA KALI MEMEGANG TAKHTA SEXIEST MAN ALIVE
Sejak diperkenalkan, lebih 35 selebriti lelaki telah dinobat sebagai Sexiest Man Alive. Bagaimanapun hanya empat meraih gelaran itu lebih daripada sekali.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA
Arya Saloka membintangi siri Netflix, “Gadis Kretek” sebagai Lebas yang turut menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Dian Sastrowardoyo, Ario Bayu dan Putri Marino.
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG
Bukan semua lelaki sesuai berambut panjang. Ini antara selebriti tempatan dan antarabangsa yang tampak elok dengan imej sedemikian.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG NOVEMBER 2023
Dari siri “Gadis Kretek” lakonan Dian Sastrowardoyo kepada pertandingan “Squid Game: The Challenge” serta musim finale “The Crown” laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang November 2023.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023
Dari siri popular “Loki” yang kembali dengan musim kedua kepada dokumentari mengenai ikon bola sepak “Beckham”, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Oktober 2023.
FAKTA MENARIK TENTANG TIGA PELAKON UTAMA ONE PIECE
Kenali watak yang menjadi fokus utama dalam siri terbaharu Netflix adaptasi anime popular Jepun, One Piece.